berita

‘Saya Tak Dapat Berbakti Lagi Dengan Ayah’- Luahan Sayu Penjaja Kerepek Yang Kehilangan Ayahnya

October 17th, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

5

Kadang-kadang sedih bila tengok orang yang susah, pakaian tak selesa dan kurang upaya berjalan tengah panas/hujan untuk mencari rezeki. Datang ke setiap meja makan meminta untuk beli barang yang dijual. Kasihan, bagaimana lah kisah disebalik kesusahan mereka tu.

Macam kisah seorang lelaki ni, dahulunya dia dan bapanya sering keluar untuk menjual kerepek tetapi kini dia hanya bersendirian sebab ayahnya sudah pun meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar dan lumpuh. Sejak itu juga jualan kerepek merosot. Haih.. Semoga lelaki ini dikurniakan rezeki yang lebih.

Dulu ada teman, sekarang berseorangan

screen-shot-2016-10-17-at-12-23-08-pm

Kredit foto: Sinar Harian

Pada dulunya anak muda yang bernama Muhammad Yuzairi Yusof ini sering berjalan, memimpin tangan bapanya yang cacat penghilatan untuk menjual kerepek dan keropok tapi kini dia sunyi dan berseorangan.. Kerana bapanya sudah pun tiada.

Sekarang saya tidak dapat berbakti lagi kepada ayah. Ayah sudah meninggal dunia seminggu sebelum Ramadan tahun ini selepas menderita lumpuh lebih sebulan sejak diserang angin ahmar.

Saya agak sunyi berjalan berseorangan kerana tiada ayah di sisi tetapi walau apa pun saya perlu terus berusaha mencari rezeki membantu ibu, Limah Musa, 58, yang juga cacat penglihatan.

Keluarga yang tak bernasib baik ini tinggal di Kampung Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan. Kata lelaki ni, dia dan arwah bapanya terpaksa berjalan sehingga 10km untuk mencari rezeki. Kadang-kadang jika ada insan yang hati mulia, mereka akan hantar Yuzairi dan bapanya balik.

Arwah ayah tak mahu minta sedekah

Menurut Yuzairi, dia mula membantu ayahnya menjual kerepek sejak dari usia sembilan tahun lagi. Selepas berhenti sekolah setakat Darjah 3, dia terus berjalan kali memimpin tangan bapanya menjual. Antara kerepek yang dijual ialah seperti kerepek pisang, ubi, popia dan keropok yang dibekalkan pengusaha.

Selama 17 tahun saya dan ayah berjalan kaki beriringan tangan menjaja sehingga ke bandar Jertih atau Kuala Besut, Pasir Putih dan Machang tetapi tiba-tiba ayah tidak ada. Tapi sebelum ini pun ayah dah penat umurnya 60 tahun tetapi berjalan kaki berkilometer.

Walaupun dalam usia itu, ayah tetap mahu berjalan untuk menjaja kerana dia kata tidak mahu meminta sedekah sebaliknya ingin berusaha dengan kudrat sendiri walaupun dalam serba kekurangan,” kata anak keempat daripada lima beradik ini.

Terpaksa kerja lebih kuat, tanggung adik masa bersekolah

Tambah Yuzairi, sejak jual berseorangan jualan kerepek tidak sebaik ketika menjaja bersama bapa dulu. Walaupun dia dan ibunya dapat bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dia perlu bekerja lebih kuat dan masa untuk tambah pendapatan. Tambahan lagi dia terpaksa menanggung seorang adiknya yang masih bersekolah di Tingkatan Lima.

Dulu mungkin orang ramai lebih bersimpati kerana ada ayah bersama tetapi sekarang sejak saya berjalan seorang diri mungkin perasaan itu tidak ada lagi menyebabkan mereka tidak tergerak hari untuk membeli kerepek saya.

Biarpun begitu kadang-kadang masih ada insan yang bersimpati sehinggakan ada individu yang memborong kesemua kerepek yang sama bawa.

Dari dulu lagi arwah ayahnya mendidik dia agar jangan sesekali meminta sedekah, perlu berusaha untuk mencari rezeki. Walaubagaimanapun, dia menerima jika ada pihak yang ikhlas ingin menghulurkan bantuan. Disebabkan masalah penghilatan yang kabur, Yuzairi terpaksa berjalan perlahan-lahan ketika menjaja.

Saya berterima kasih kepada orang ramai khususnya yang pernah dan sering memberi kerepek saya jual dan juga pemilik kenderaan yang menumpang saya.

Menurut Yuzairi lagi, keuntungan bersih yang boleh didapatinya sekitar RM15 sehari hasil jualan kerepek tersebut.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×