berita

‘Saya Tak Kacau Suami Orang…’ – Nur Risteena

May 21st, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Kisah percintaan antara pelakon Nur Risteena dan Isa Khan semakin hangat diperkatakan lebih-lebih lagi selepas viral mengenai tunangnya yang menyangka Risteena telah diculik selepas ‘hilang’ selama 30 minit.

Terbaru, pelakon cantik ini telah membuka mulut dengan membidas kecaman netizen yang dilemparkan kepadanya berhubung dengan isu berkenaan.

‘Saya tak kacau orang’

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik Risteena di laman Instagram miliknya menegaskan bahawa dia berhak untuk berkongsi apa sahaja mengenai dirinya di media sosial selagi tidak memburukkan orang lain. Tambah Risteena lagi, dia tidak menyangka kisah percintaannya itu akan menjadi viral dan mendapat kecaman hebat daripada netizen sehingga dia perlu menutup ruangan komen di Instagram.

Saya tak kacau orang, saya tak kacau suami orang, saya tak bercakap buruk pasal orang, saya tak post benda yang boleh cacatkan mata orang. Sama juga dengan korang bebas post apa sahaja dekat IG korang. Tak ada siapa pun marah.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga mengeluarkan kata-kata kesat dan mendoakan yang tidak baik buat dirinya itu. Namun, Risteena turut meluahkan rasa berterima kasih kepada pengikut yang sentiasa menyokong dan menghormatinya.

Setiap orang cara berbeza

https://www.instagram.com/p/CAb9oGDp71F/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=loading

Menceritakan kisah itu, Risteena memberitahu Isa sangat risaukan keadaannya yang memandu bersendirian pulang ke rumah pada waktu malam. Menurutnya, perasaan bimbang terhadap orang yang kita sayang termasuk ahli keluarga adalah perkara biasa.

Sementara itu, Risteena turut terhibur apabila membaca beberapa komen pengikutnya yang berkongsi cerita memberitahu suami mereka langsung tidak sedar sekiranya si isteri ‘hilang’.

Diorang happy share life diorang. And to be honest, saya langsung tak judge suami diorang because for me, setiap cara orang berbeza untuk tunjukkan caring dan kasih sayang. Doesn’t mean diorang tak peduli. Mungkin diorang peduli lebih dari itu cuma cara mereka tunjuk berbeza. I really respect them.

Baginya, dia tidak terasa hati dengan komen-komen tersebut malah dia berasa perkongsian mereka itu agak sweet kerana karakter setiap orang adalah berbeza-beza.

Sumber: Nur Risteena

SKIP THIS AD ×