berita

‘Saya Tak Lalok Langsung, Orang Saja Nak Kenakan Saya’

May 7th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Semalam viral di media sosial, seorang pelakon wanita popular, Uqasha Senrose dilaporkan ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah. Walaubagaimanapun, Uqasha tidak lama selepas itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Artikel berkaitan : Pelakon Wanita Popular Kantoi Miliki Dadah

Seperti biasa, pelbagai spekulasi dibuat orang ramai sejurus tersebarnya berita tersebut. Uqasha Senrose ketika dihubungi Harian Metro memberikan respon ini.

‘Saya tidak lalok langsung’

Menurut laporan Harian Metro, Uqasha Senrose tidak menolak terdapat unsur sabotaj dalam kes yang dikaitkan dengannya semalam. Beliau walaubagaimanapun enggan mengulas lanjut dan memberikan respon ini.

Saya tidak ‘lalok’ langsung. Ujian air kencing sudah dilakukan dan keputusannya negatif.

Saya tidak okey. Orang saja nak kenakan saya. Dugaan apa pula kali ini.

Dipercayai enggan mengeruhkan lagi keadaan, Uqasha juga bertindak menutup ruangan komen untuk mengelakkan serangan peribadi daripada netizen.

Terdahulu, seorang pelakon wanita popular dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI) selepas terbabit dalam kemalangan. Ketika pemeriksaan dilakukan, enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 ditemui di dalam beg tangan miliknya.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×