berita

Saya Tak Lawak, Saya Gila-Gila – Sharifah Sakinah Komen Isu Menang #ALW2014

September 22nd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

sakinah

Minggu lepas berlangsungnya acara gilang gemilang, Anugera Lawak Warna yang menyaksikan filem terbitan Grand Brilliance, Sejoli menang besar pada malam berprestij itu.

Kesemua pemenang memang terbaik malah, malam anugerah itu turut menyaksikan bakat-bakat yang tidak dikenali menerusi lawak, namun berjaya merangkul trofi.

Antaranya ialah pelakon yang penuh dengan kontroversi, Sharifah Sakinah. Kalau korang nak tahu, Kinah menang kategori Artis Lawak Wanita Paling Popular tau.

peminat-pertikai-kemenangan-sharifah-sakinah-artis-lawak-wanita-paling-popular-anugerah-lawak-warna-2014

Nampaknya, tuan badan pun terkejut dengan kemenangan ini. Mana taknya, saingan semua hebat-hebat kot. Tetapi bagi Kinah, dia tak menolak bahawa kontroversi juga antara penyumbang kemenangannya malam tersebut.

Mungkin ini rezeki saya. Tak tahu nak cakap apa, sebab kontroversi tu memang orang tahu, mungkin yang tahu tu yang melonjakkan populariti tu.

Tapi, Tak adalah saya menang sebab kontroversi kerana saya pun tak mintak kontroversi tu. Tak mungkin diorang vote, diorang akan rasa tak suka. Saya rasa sebab Fitness Sakinahlah.

Haaa, korang rasa macam mana? Iyalah, kontroversi pun boleh menaikkan nama seseorang selebriti kan? Dari nobody terus jadi somebody gitew!

Screen Shot 2014-09-22 at 11.04.31 AM

Kata Kinah lagi, dia takut jika kemenangannya dijadikan isu kerana dia menganggap dirinya tak lawak. Malah, siap mengakui dia ada vote untuk Jihan Muse lagi.

Saya takut kemenangan jadi isu sebab saya tak lawak, saya gila-gila. Tapi, tak kisahlah sebab saya dah biasa kena hentam dengan haters semua.

Memenag Jihan yang patut menang, bagi saya Jihan yang terbaik, dia buat apa pun kelakar. Malah, Saya turut vote untuk dia.

Tak kisahlah siapapun yang menang, Betul tak? Apapun, kami ucapkan tahniah buat Kinah dan semoga lepas ni nama Kinah akan bertambah gilang gemilang dipersada lawak negara. Cewah!

Kredit Foto : Instagram Sharifah Sakinah

SKIP THIS AD ×