Pelakon Sharifah Husna akui tidak mampu berpoligami sekali gus memberi pendapat berkenaan lelaki yang melakukannya tanpa pengetahuan isteri pertama.
Artikel Berkaitan: Terima DM Daripada Suami Orang, Sharifah Husna Bertindak Beri Ugutan Halus – ‘Nak Saya Hantar Pada Isteri Awak?’
Artikel Berkaitan: Sharifah Husna Tampil Berhijab, Netizen Cair Tengok Cara Halim Radzi Puji Isteri ‘Bidadari Syurga’
Tak mampu berpoligami
Ketika ditemui OhBulan!, Husna atau nama lengkapnya Sharifah Husna Syed Feizal berkata, dia tidak membuka peluang isu poligami dibincangkan dalam rumah tangganya.
Ujarnya, rumah tangga tidak akan kekal sekiranya seorang suami melakukan poligami secara bersembunyi.
Pendapat saya masih sama. Saya tidak mampu untuk berpoligami.
Tapi ada wanita yang kuat dan boleh untuk berpoligami.
Apa yang saya nampak, kalau seseorang itu minta izin dan masuk sesebuah keluarga dengan cara yang baik, InsyaAllah rumah tangga itu kekal.
Tapi kalau seorang suami berkahwin satu lagi secara rahsia, tidak kekal.
Saya tidak mahu beri ruang topik itu dibincangkan dalam rumah kami.
Dalam pada itu, pelakon berusia 31 tahun itu yakin perancangan tuhan adalah mengikut kemampuan seseorang.
Husna berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Berbahagi Suami di The Fleur, Ttdi, pada Rabu.
Reaksi Husna pada mangsa keganasan rumah tangga
Berkongsi lebih lanjut, Husna sebak dengan ujian yang menimpa segelintir wanita dengan isu keganasan rumah tangga.
Padanya, kebanyakan mangsa tiada sistem sokongan yang kuat untuk keluar dari masalah tersebut.
Saya rasa sangat sedih.
Pada saya, wanita yang berpendidikan dan ada sistem sokongan yang kuat mereka jarang terlibat dalam hal keganasan rumah tangga.
Kita kena cari jalan untuk wanita ada pendidikan, ada karier sendiri dan perlu berdikari.
Akhir perkongsian, Husna bersyukur dikelilingi oleh ahli keluarga yang menyokongnya dari segala segi.