berita

‘Saya Tak Mahu Kalian Merangkak Di Padang Mahsyar’ – Shahrol Shiro Maafkan Individu Tuduh Jadi Bapa Ayam

August 4th, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Pelawak Shahrol Shiro, 38, mendedahkan namanya turut terkena tempias berikutan kes kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks.

Artikel Berkaitan: Pelawak Terkenal Ditahan Reman Kes Pemerdagangan Manusia

Artikel Berkaitan: ‘Gilalah Siapa Yang Petik Nama Saya Tu’ – Tauke Nafi Jadi Bapa Ayam

Itu bukan saya

Menurut Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi  berkata dia menerima pertanyaan daripada beberapa orang kenalan yang ingin mengetahui kebenaran.

Bagaimanapun, anak kelahiran Kluang, Johor itu memberitahu ada juga segelintir individu yang terus melemparkan tuduhan tanpa usul periksa.

Beberapa sahabat termasuk bertanya adakah itu saya dan saya telah menjelaskan “ITU BUKAN SAYA”. Terima kasih kerana bertanya dahulu dan pada yang komen-komen terus menuduh saya, saya tak mahu kalian merangkak di padang mahsyar mencari saya dan fokus pada dosa-dosa yang lain kerana saya dah memaafkan anda.

Terima kasih ambil berat

Dalam pada itu, pelakon drama Super Lawak FC mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu yang mengambil berat dengan dirinya.

Buktinya saya masih umur bawah 40 an. Muda kan? Sekian terima kasih kerana mengambil berat pasal saya.

Semalam, beberapa portal melaporkan seorang pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Ahad lalu.

Dalam serbuan pada jam 10 pagi itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks.

Selain nama Shahrol, nama Tauke juga antara yang disebut-sebut warganet.

 

Sumber: Instagram @shahrol_shiro

SKIP THIS AD ×