berita

“Saya Tak Mahu Komen Apa-Apa” – Almy Nadia

February 20th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

APagi ini, para peminat dan seluruh industri hiburan dikejutkan dengan berita pertunangan Fizz Fairuz yang putus selepas 10 hari. Ramai yang membuat pelbagai andaian dan ramai juga yang memberikan sokongan kepada Fizz.

Fizz mengaku telah ditipu oleh Azlyn Massiela dan mendedahkan dia tidak tahu bahawa bekas tunangnya itu sebenarnya adalah isteri orang. Fizz Fairuz yang kini sedikit tertekan turut memohon maaf pada Almy Nadia secara terbuka atas kesilapannya.

Sebentar tadi, OHBULAN! menghubungi Almy Nadia bagi mendapatkan responnya terhadap permohonan maaf Fizz.

“Buat masa sekarang, saya tak boleh komen apa-apa. Untuk menjawab soalan ini pun saya tak boleh,” jelas Almy yang enggan memberikan sebarang respon.

Melalui sebuah laporan lain, Almy Nadia mengaku dia juga baru tahu mengenai bekas tunang Fizz yang merupakan isteri orang.

“Saya baru dapat tahu yang dia (Fizz Fairuz) bertunang dengan isteri orang tetapi saya tidak mahu masuk campur urusan mereka.” – sumber.

SKIP THIS AD ×