berita

“Saya Tak Makan Dadah!” – Ary, Vokalis Klangit

November 30th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Bukan semua orang sempurna dan bukan semua orang boleh puaskan hati kita, kan?

Itulah yang berlaku pada kumpulan yang popular dengan lagu “Dia Lydia”, Klangit. Persembahan mereka di malam Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM 19) telah menimbulkan pelbagai respon dan komen negatif sehinggakan kecoh didada media baru-baru ini meminta kumpulan Klangit menukar nama kepada ‘Kelaut’.

Antara puncanya adalah disebabkan Ary gagal membawakan lagu “Sesal Mendua” dengan baik dan lebih buruk lagi apabila ada yang mengecam vokalis kumpulan Klangit ini dengan menuduhnya mengambil dadah sebelum persembahan dimulakan. Baru-baru ini, OHBULAN! sempat bertemu dengan Klangit untuk mendapatkan penjelasannya.

“Apa yang berlaku sebenarnya memang kami nak bagi satu impak dan kelainan pada malam itu. Namun lain pula yang jadi. Tapi ia tetap menjadi kenangan pada Klangit.

“Walaupun buruk, tapi itu satu impak dan respon yang bagus. Tak semua orang sempurna,” jelas vokalis Klangit, Ary.

Kumpulan yang dianggotai oleh Haris dan Ewan ini juga mengaku bahawa AIM 19 merupakan persembahan mereka yang paling besar berbanding sebelum ini.

“Ini merupakan persembahan pertama Klangit yang besar. Sebelum ni pentas-pentas semua kecil saja. Kami memang tak nafikan malam itu memang tak menjadi dan akan perbaiki lepas ini,” tambah Ary lagi.

Ditanya adakah mereka akan menukar nama kumpulan kepada ‘Klaut’ selepas menerima pelbagai respon, kumpulan ini hanya ketawa dan menegaskan itu semua adalah cabaran didalam industri hiburan.

“Kami takkan tukar nama. Sebenarnya, sebelum letak nama Klangit memang pun pernah ada yang terfikir pasal ‘Klaut’.

“Bagi kami, bila kami ‘perform’ bagus, Klangit lah. Tapi bila ‘perform’ tak memuaskan, ‘Klaut’ lah,” tambah Ary sambil ketawa.

Dalam pada itu, Ary dan kumpulannya menegaskan bahawa tuduhan mengatakan mereka menggunakan dadah sebelum persembahan adalah satu perkara yang mengecewakan. Ary turut mencabar sesiapa yang tidak percaya dan tidak berpuas hati dengan mereka agar tampil dan jalankan ujian air kencing kepada mereka.

“Saya tak makan dadah. Saya cabar kalau saya ‘perform’ atau sebelum buat persembahan, buatlah ujian air kencing dan cek,” tegas Ary menafikan tuduhan dia menggunakan dadah.

SKIP THIS AD ×