Pelakon Emma Maembong sebelum ini dihimpit kontroversi apabila dia mengambil keputusan untuk kembali ‘free hair’. Imej barunya itu sedikit sebanyak mengejutkan ramai netizen termasuk peminat dan penceramah bebas.
Emma Maembong turut memohon netizen memberi ruang dan masa untuk dia memperbaiki dirinya. Malah, dia juga menyedari ramai orang mahu kembali melihat imej bertudung pelakon ini.
Saya sedang berusaha
Baru-baru ini, Emma Maembong berkesempatan menunaikan umrah bersama keluarga dan ramai netizen meninggalkan komen berbentuk doa agar pelakon ini kembali berhijab. Dia turut memohon agar memberinya ruang untuk munasabahkan diri.
Saya tahu, di luar sana ramai yang mahu saya mengikut kehendak mereka supaya berubah dan kembali bertudung. Saya berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik.
Namun, jangan pula saya dikecam apabila masih belum dapat memenuhi harapan dan permintaan mereka. Saya tidak mampu memuaskan hati semua pihak.
Saya sedang berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dari masa ke semasa. Usahlah mengecam, sebaliknya berikan sokongan dan sebarkan aura positif antara satu sama lain.
Saya tetapkan juga hati ke sana
https://www.instagram.com/p/BvKhNh-nhBk/
Tambahnya lagi, dia bersyukur impian untuk menunaikan umrah akhirnya menjadi realiti setelah empat tahun berhasrat untuk itu. Emma Maembong ke Tanah Suci ditemani kakak dan ayahnya.
Alhamdulillah, selepas empat tahun, segala perancangan saya ke Tanah Suci Makkah dipermudahkan. Biarpun ada yang meragui niat saya dan bimbang jika belum bersedia, namun saya tetapkan juga hati ke sana.
Supaya ayah diberikan kesihatan baik
https://www.instagram.com/p/BvU_iOrHJlf/
Emma Maembong turut melihat kegigihan ayah kandungnya beribadat meskipun tidak berdaya. Hatinya juga sebak melihat kesungguhan ayahnya itu demi mencari redha Allah.
Saya berharap, mereka yang berkemampuan dan mempunyai kudrat supaya tidak menangguhkan hasrat ke Tanah Suci. Selagi diberikan Allah tubuh badan yang kuat dan sihat, jangan lepaskan peluang itu.
Saya ada mendengar pengalaman rakan yang diuji ketika di sana. Saya hanya berdoa dan memohon kepada Allah supaya segala urusan dipermudahkan.
Saya turut berdoa supaya ayah diberikan kesihatan yang baik supaya dapat menyempurnakan semua tuntutan di sana.
Sumber: BH Online