berita

‘Saya Tak Marah, Tapi Tolong…’ – Rayuan Wan Maimunah

August 16th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Beberapa hari lepas, pelakon veteran Wan Maimunah dikatakan telah dimasukkan ke hospital akibat mengalami sesak nafas dan dijangkiti kuman pada paru-paru. Pelakon dramatis ini pernah dimasukkan ke hospital akibat jantung bengkak dan jangkitan kuman pada paru-paru, tahun lepas.

Susulan dari itu, tersebar pula khabar angin mendakwa pelakon veteran ini telah meninggal dunia. Sebuah video menyaksikan Wan Maimunah memohon agar tiada lagi pihak menyebarkan fitnah terhadap berita pelakon ini meninggal dunia.

Ia tidak benar

Rakaman video ini dikirimkan oleh Datuk DJ Dave yang melawat pelakon itu di Hospital Alor Gajah, Melaka tempoh hari. Melalui rakaman ini pelakon Wan Maimunah mengirimkan pesanan penting untuk hentikan penyebaran fitnah kononnya pelakon ini telah meninggal dunia. Berita palsu itu bakal membimbangkan keluarga dan anak-anaknya yang kini sedang bekerja di luar negara.

Kurang ajar sangat!

Otak simpan mana?

Sumber: mStar

SKIP THIS AD ×