Personaliti media sosial, Elcah tampil mempertahankan diri selepas dilabel perempuan bermasalah gara-gara sudah bercerai sebanyak dua kali.
Artikel Berkaitan:[VIDEO] ‘Instafamous’ Dedah Bercerai Selepas 8 Hari Kahwin
Artikel Berkaitan: ‘Influencer’ Sah Bercerai Talak Satu – ‘Kita Bukan Janda Menempel Duit Jantan’
Tak sanggup bermadu
Menurut Elcah, dia tidak pernah meminta kedua-kedua perkahwinannya berakhir dengan penceraian. Tegas Elcah, dia mempunyai alasan yang kukuh sebelum membuat keputusan untuk bercerai dengan bekas-bekas suami.
Aku memang betul betul terpaksa minta maaf. Aku diam lama sangat pasal kes ini tapi kalau setiap hari orang cuba untuk salahkan perempuan bermasalah sebab cerai dua hingga tiga kali. Anda salah!
Saya pun tak minta untuk menjanda dua kali dan tiada isteri ingin bercerai kalau sabar dan maruah kami dihina dipijak begitu saja.
Saya juga tak sanggup berkongsi kasih. Saya tak suka bersaing, you can choose who is the best to stay. Masing masing dah besar.
Saya anggap ini cuma dugaan jadi lebih kuat dan untuk berpengalaman mendidik ‘buaya.’
Dalam pada itu, pemilik nama Aien Hasha mendoakan agar pengikutnya dikurniakan pasangan hidup yang tepat serta kekal bahagia hingga akhir hayat.
Saya doakan awak semua mendapat jodoh yang baik, kekal bahagia ke Jannah insya-Allah. Cakap memang mudah tapi bila dah masuk sendiri dunia berkahwin ini baru tahu cabaran macam mana.
Sebelum ini, perkahwinan kedua Elcah tular di media sosial disebabkan dia mendedahkan sudah bercerai dengan bekas suami selepas lapan hari melayari bahtera rumah tangga.
Sumber: Instagram