Pelakon Puteri Sarah Liyana tetap dengan keputusan untuk bercerai dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof. Sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang diadakan hari ini gagal menemui jalan penyelesaian.
Artikel Berkaitan: ‘Memang Tiada Maruah Ke Hadap Suami Orang?’ – Empat Tahun Pendam, Puteri Sarah Mengamuk Dengan Ira Kazar
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Enggan Cerai, Puteri Sarah Dakwa Pernah Dipukul Pada Tahun 2020
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof Fail Nusyuz, Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Bekas Kekasih Berstatus Suami Orang
Proses perdamaian gagal
Memetik laporan Kosmo, Puteri Sarah menegaskan dia enggan berdamai dengan Syamsul dan hatinya sudah tertutup. Kata aktres berumur 37 tahun ini, dia sudah penat melayan masalah rumah tangga yang sudah memakan masa selama lima tahun.
Saya memang tak mahu bersemuka dengannya dan meminta kami bertemu dengan JKP secara berasingan. Saya tak nak berjumpa dengan dia (Syamsul).
Saya tegaskan kat sini saya masih dengan keputusan nak bercerai. Saya tak nak berdamai. Cukup-cukuplah saya dah penat. Saya nak minta lepaskan saya.
Saya cuma jumpa ustazah. Saya ceritakan semua apa yang berlaku dari A hingga Z. Beserta dengan bukti, mereka perlu tahu sama ada jalan pendamaian atau tak.
Saya cakap tak ada. Saya dah penat dengan benda ini selama bertahun-tahun. Jadi, saya terus cakap yang saya tak nak berdamai dan tak akan boleh berdamai.
Puteri Sarah berkata demikian ketika di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), pada pagi Jumaat.
Guna hakam
Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menyatakan dia akan melalui proses hakam bagi menamatkan hubungan suami isteri mereka.
Saya memang tak nak berdamai, tak nak dah dengan dia (Syamsul), nak bercerai. Apa yang disebutkan tadi di hadapan ustazah akan dibawa kepada sebutan kedua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada April depan.
Saya berharap sangat saya cepat dilepaskan. Kalau dia (Syamsul) tak nak juga (lafazkan cerai), saya akan gunakan hakam.
Dalam proses itu, Puteri Sarah ditemani adiknya, Puteri Sofea, manakala Syamsul pula membawa sepupunya.
Terdahulu, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah pada 7 Mac lalu supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
Pada prosiding itu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, peguam syarie Roshdan Sujak. Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara alasan dikemukakan untuk bercerai ialah sudah tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Syamsul pula sebelum ini memaklumkan enggan menceraikan isteri pertamanya kerana yakin rumah tangga mereka boleh diselamatkan, selain masih menyimpan perasaan sayang terhadap Sarah.
Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak tahun 2020, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.
Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah.