berita

Saya Tak Pasti Mereka Bertunang – Nelydia

July 25th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Anugerah Syawal-128

Kisah mengenai Pekin Ibrahim dan kakak kepada Nelydia, Uqasha Senrose mula mendapat perhatian ramai apabila Uqasha secara tiba-tiba memuat naik foto di Instagram seolah-olah dia sudah putus cinta.

Pekin kemudiannya menjawab persoalan itu mengatakan mereka bukan berpisah seperti yang didakwa sebaliknya sudah bertunang.

Artikel berkaitan:

Bagaimanapun, melalui laporan terbaru dari portal Kosmo! Online, Uqasha menjelaskan bahawa rombongan yang tiba ke rumahnya pada 6 Julai lalu hanyalah sekadar merisik dan bukan rombongan pertunangan.

Pekin-Uqasha

Uqasha dan pekin sewaktu hari merisik

Dia cakap sambutan hari jadi saya tahun ini ada kejutan tetapi saya tidak jangka kejutan yang dimaksudkannya adalah rombongan merisik, bukan rombongan pertunangan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Menurut Uqasha, rombongan keluarga Pekin datang ke rumahnya sambil membawa empat dulang hantaran yang berisi sebentuk cincin, kain, pulut kuning, dan kek sempena hari lahirnya.

Dalam pada itu, Nelydia yang ditemui sewaktu majlis Anugerah Syawal TV3 di Hotel Istana, Kuala Lumpur malam semalam mengakui tidak pasti mengenai pertunangan kakaknya itu.

Tentang bertunang tu saya tak pasti sebenarnya. Apa yang saya tahu keluarga Pekin ada datang merisik kakak saya. Itu pun setelah diberitahu ibu kerana saya tiada di rumah sebab menjalani penggambaran.

Ditanya sama ada benar Pekin seorang kaki perempuan seperti yang dilabel setengah pihak, Nelydia hanya menyifatkan kekasih kakaknya itu jauh berbeza dengan apa yang dikatakan.

Saya kenal Pekin melalui kakak saya. Sebenarnya saya tak berani memuji lebih-lebih atau berkata buruk tentang dia sebab saya baru mengenali dia. Tapi sepanjang saya kenal Pekin setakat ini, dia seorang yang baik dan berbeza dengan apa yang orang kata tentang dia.

Agak bercanggah juga kenyataan yang diberikan Pekin tapi apa yang pasti Uqasha menyatakan berkemungkinan besar mereka tidak bertunang sebaliknya akan terus melangsungkan perkahwinan namun setakat ini belum ada perbincangan atau persiapan ke arah itu.

Sementara itu, jom lihat beberapa keping foto Nelydia Senrose yang sempat dirakam sewaktu majlis Anugerah Syawal TV3 semalam. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×