Sejak memegang trofi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2018, nama Jay Iswazir semakin menjadi bualan pengkarya seni hiburan dan peminat. Menerusi lakonannya dalam telefilem Aku Nazmi arahan Jinggo telah menewaskan 4 calon veteran dalam kategori yang sama.
Jay Iswazir kongsi sebelum ini ada segelintir pihak memandang rendah terhadap rupa parasnya. Berkat usaha dan bakat lakonannya yang ikhlas dia berjaya menggenggam trofi itu.
Jay tak pernah keseorangan
https://www.instagram.com/p/BptOtQPg90L/
Tak pernah putus asa
https://www.instagram.com/p/BpsJV5SAF2V/
Jay menerusi Astro Awani berkata dia dia terkilan kerana ada segelintir pihak produksi tidak mengambil dia berlakon gara-gara rupa parasnya yang tidak setanding hero drama. Mereka tidak memandang akan bakat dan mutu lakonan yang ada pada dirinya.
Saya bermula dengan pelakon tambahan. Tapi ketika itu pun, orang tak pandang saya kerana wajah saya. Ada yang tak nak ambil saya berlakon kerana rupa paras saya.
Saya tak pernah mendapat sokongan kerana wajah saya. Sampai sekarang saya rasa tak yakin kerana memikul rasa rendah diri terlalu lama, semuanya kerana wajah saya. Saya juga rasa malu dengan Tuhan kerana sebelum ini, saya pernah beberapa kali mengeluh apabila menghadapi pelbagai cabaran tetapi akhirnya, saya dapat menggenggam trofi ini. Alhamdulillah, Tuhan itu maha adil.
Sumber: Astro Awani, Jay Iswazir