berita

‘Saya Tak Pernah Tahu Gaji Suami, Bil Rumah’ – Diuji Suami Sakit, Ini Sebab Isteri Perlu Ambil Tahu

January 27th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Bagai jatuh ditimpa tangga, itulah yang dialami seorang pengguna Facebook, Puan Amy Rosina apabila suami beliau mulai sakit. Hal ini telah memaksa beliau untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Tambah menyedihkan, dia tidak pernah mengambil tahu urusan gaji suami dan suami sahaja yang meguruskan urusan keluarga untuk membayar pinjaman, insurans dan bil setiap bulan.

Suami yang uruskan hal kewangan setiap bulan

Foto: Amy Rosina

Menurut beliau, beliau sudah selesa dengan apa yang disediakan oleh suami beliau selama ini. Setiap bulan, suami beliau akan menyelesaikan urusan kewangan dari awal hingga habis. Disebabkan itu, beliau tidak pernah mengambil tahu urusan tersebut kerana baginya suami beliau ada untuk menguruskan hal tersebut.

Namun begitu, kehidupannya mula berubah apabila suaminya mula sakit. Hal ini  membuatkan Puan Amy Rosina terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Saya tak tahu tarikh-tarikh penting untuk semua urusan itu. Yang saya tahu saya selesa dengan apa yang suami sediakan sehinggalah 10 tahun usia perkahwinan dan saya baru diuji

Itulah yang ditulis oleh beliau di laman Facebook beliau menceritakan pahit getir yang dialami sejak suaminya jatuh sakit.

Terpaksa urus semuanya sendiri

Foto: Amy Rosina

Puan Amy Rosina seperti hilang arah kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan mengenai urusan tarikh dan pembayaran yang melibatkan bank. Mahu ataupun tidak, beliau terpaksa kuat untuk menggalas tanggungjawab ini disebabkan suaminya yang sakit. Puan Amy Rosina juga turut menyarankan agar suri rumah di luar sana supaya mengambil ikhtibar daripada kisah yang terjadi kepada dirinya.

Bukan suri rumah yang manja

Foto: Amy Rosina

Puan Amy Rosina juga memuat naik gambar dokumen-dokumen penting yang beliau uruskan sendiri selepas suaminya sakit. Disini menunjukkan bahawa beliau seorang suri rumah yang kuat dan boleh berdikari.

saya bukan suri rumah yang manja, bukan tak bedikari tapi saya tak ambil peduli bagi saya, saya percayakan suami 100% dari apa yang dia sediakan saya tak persoal sebab saya dah besyukur

Itulah yang ditulis oleh Amy Rosina di laman facebook beliau. beliau menyatakan yang beliau bukan seorang suri rumah yang manja tetapi beliau percaya akan suami dia 100%. Bagi beliau, suami beliau adalah seorang yang bertanggungjawab dan baik. Beliau juga menyarankan agar semua suri rumah di luar sana sentiasa bersedia, beliau menyarankan agar semua suri rumah tahu  apa yang suami uruskan. Suri bukan sekadar soal duit, tetapi merangkumi semua. Mahu atau tidak, semua suri rumah harus bersiap sedia untuk berdikari jika suami sakit.

saya harap suri-suri semua diberi kebahagiaan dan dipermudahkan Allah untuk setiap ujian

Itulah harapan Puan Amy Rosina kepada semua suri rumah di luar sana supaya mereka semua terus kuat menghadapi dugaan yang menimpa.

Sumber: Facebook Amy Rosina

SKIP THIS AD ×