berita

Saya Tak Rancang Apa-Apa Pun – Emma Nafi Dakwaan Bakal Kahwini Zizan Tahun Ini

April 9th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Emma-7

Sekitar bulan Februari lalu, Zizan Razak ada mengeluarkan kenyataan kepada sebuah akhbar tempatan mengenai hasratnya ingin menamatkan zaman bujang pada tahun ini.

Kenyataan itu dibuat beberapa hari sebelum Zizan dan Emma sama-sama bersikap terbuka tentang hubungan mereka yang selama ini menjadi tanda tanya di kalangan peminat dan media.

Disebabkan itu, ramai menyangka pasangan ini akan berkahwin dalam tahun ini juga. Namun demikian, Emma menafikan perkara tersebut dengan menyatakan masih belum membuat sebarang perancangan untuk ke fasa seterusnya.

Sebenarnya ramai yang cakap Emma kahwin tahun ni, Emma kahwin tahun depan, tapi semua tu tak betul. Memang saya dengan Zizan, tapi saya tak rancang apa-apa pun.

Sebelum Zizan kenal Emma, dia memang dah rancang nak kahwin dalam masa umur dia 30 sebab dia dah tua (sambil berseloroh). Masa tu Emma dengan dia belum ada apa-apa lagi. Jadi bila Emma dengan dia sekarang, orang ingat rancangan itu adalah rancangan dia dengan Emma.

Screen Shot 2014-04-08 at 16.51.20

Dalam pada itu, Emma turut memberitahu dia dan Zizan belum pernah berbincang mengenai soal rumah tangga apatah lagi menetapkan tarikh perkahwinan.

Emma nak kenal dia dulu, sebelum dia jadi suami kita atau nak menjadi sebahagian daripada hidup kita, kita mestilah nak tahu sama ada kita selesa ke tak kawan dengan dia. Setakat ni Emma kenal dengan dia, kitorang belum pernah lagi duduk berbincang cakap pasal bila nak kahwin, baju warna apa, bahkan tarikh pun tak ada lagi.

Disamping itu, duta baru produk kecantikan Maixara ini juga tidak menafikan akan memberitahu berita gembira itu sekiranya benar jodoh mereka sudah ditetapkan suatu hari nanti.

Sebenarnya kalau nak tanya pasal berapa lama saya nak tunggu sebelum berkahwin, saya tak boleh cakap. Semua tu terletak pada diri sendiri. Macam Zizan, dia letak target nak kahwin padahal tak ada apa pun. Kalau ada rezeki, ada jodoh dan sampai masanya ayah cakap saya boleh berkahwin, InsyaAllah saya akan beritahu. Takkan saya nak kahwin senyap-senyap pula.

Apapun, sama-samalah kita tunggu pengumuman penting daripada pasangan ini nanti. Tapi sementara tu, jom tengok foto-foto Emma dan Zizan di bawah ini.

Kredit foto : Instagram Emma Maembong & Zizan Razak

SKIP THIS AD ×