Pelakon Amyra Rosli memberitahu dia tidak pernah memeriksa telefon suaminya, Amar Bahrin sepanjang tujuh tahun mereka mendirikan rumah tangga.
Artikel berkaitan: ‘Jangan Cakap Tipu & Layan Mereka Seperti Orang Dewasa’ – Amyra Rosli Kongsi Tips Anak-Anak Dengar Cakap
Artikel berkaitan: ‘Tinggi Macam Mana Pun…Kita Humble Je, Rendahkan Diri Dekat Suami’
Pihak lelaki tetap salah
Memetik laporan Harian Metro, Amyra berkata, dia menghormati ‘privacy dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suaminya itu.
Saya malas nak ‘check’ telefon suami kerana tidak mahu timbul isu yang tidak sepatutnya nanti.
Sebagai isteri, saya juga ada tanggungjawab besar untuk menjaga anak-anak dan rumah tangga.
Disoal tentang sekiranya rumah tangga diganggu orang ketiga atau penyondol, Amyra tetap akan menyalahkan pihak sebelah lelaki (suami).
Saya tidak salahkan penyondol (wanita) kerana perkara itu tidak akan berlaku jika lelaki (suami) tidak melayan.
Kita juga tidak kenal dengan penyondol itu kerana dia orang luar, jadi pihak lelaki yang perlu dipersalahkan.
Susulan banyak isu rumah tangga selebriti yang bergolak, pengacara program Nona ini menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran.
Hidup kita singkat dan saya tidak mahu pening kepala untuk memikirkan masalah rumah tangga orang lain.
Sebagai manusia, kalau kita halang macam mana pun (isu rumah tangga) kalau benda tu nak jadi, ia akan tetap terjadi juga.
Saya sendiri berusaha untuk menjaga rumah tangga dengan sehabis baik dan selebihnya kita berdoa dan mohon pertolongan dengan Allah.
Untuk rekod, Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.
Sumber: Harian Metro