Semalam, penyanyi terkenal kelahiran Kota Kinabalu iaitu Andi Bernadee telah berkongsi satu video yang agak mistik menerusi laman Instagramnya.
Artikel Berkaitan: ‘Setiap Orang Ada Ujian, Cabaran…’ – Aeril Zafril Sekeluarga Terkena ‘Sihir’ Buatan Orang
Artikel Berkaitan: ‘Tiga Ekor Lintah Keluar Dari Pusat’ – Awie Terkena Penyakit Misteri
Perkongsian tersebut telah mencetuskan kebimbangan para peminat dan mereka turut tertanya-tanya apakah sebenarnya yang telah berlaku kepada penyanyi ini.
‘Terima kasih awak’
Allhamdulillah, terima kasih awak. Saya tak tahu apa salah saya pada awak. Apapun ini semua ujian Allah.
Dalam video pendek yang dikongsikan Andi Bernadee kelihatan seekor katak kering dan beberapa batang paku karat. Biarpun di ruangan kapsyen Andi tidak menjelaskan secara terperinci mengenai perkara itu tetapi kebanyakan peminat menggaitkan barangan tersebut dengan perbuatan sihir.
Malah, mereka turut mendakwa barangan itu kebiasaannya dihantar oleh seseorang bertujuan untuk ‘santau’. Barangan tersebut dipercayai ditemui ketika penyanyi ini menjalankan rawatan alternatif.
Jumpa paku, katak kering
View this post on Instagram
‘Siapa yang busuk hati ni’
Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan artis serta para peminat mendoakan agar penyanyi ini diberi kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan. Tidak kurang juga, ada yang membuat spekulasi mengenai keadaan kesihatan Andi sejak kebelakangan ini ada kaitan dengan penemuan barangan tersebut.
Sumber: Andi Bernadee