berita

‘Saya Takut Apa Yang Saya Cakap Ini Memudaratkan Kedua Pihak’ – Sharnaaz Ahmad

August 30th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini, isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila memuatnaik IG Stories sekeping foto dipercayai perkarangan kompleks Mahkamah Syariah. Ekoran daripada itu, netizen membuat dakwaan rumah tangga pelakon ini mempunyai masalah.

Bagaimanapun, Sharnaaz Ahmad tampil memberi respon terhadap spekulasi yang dicetuskan netizen mengenai masalah rumah tangganya.

Tapi ini soal family

Menerusi laporan Media Hiburan, pelakon Juvana itu mengulas spekulasi terhadap rumah tangganya bersama Noor Nabila. Bagaimanapun, Sharnaaz Ahmad belum bersedia untuk berkongsi lanjut mengenai masalah yang dihadapi mereka berdua dan menganggap isu ini adalah andaian dari pelbagai pihak.

Saya pun tak berani nak cakap lebih sebab saya takut apa yang saya cakap ini akan memudaratkan lagi keadaan. Ya, saya tahu saya banyak bercakap kalau benda jadi sebegini tapi ini soal family.

Happy birthday to my son

https://www.instagram.com/p/B1wQlKVHqkh/

Bukan hanya itu sahaja, setelah isu ini menjadi viral, pelakon lelaki itu juga menerima panggilan telefon dan ditanyakan mengenai perkara itu.

So, saya tak nak cakap lebih mungkin akan merosakkan kedua pihak dan anak saya. Apa yang saya boleh cakap, 30 minit lagi birthday anak saya. I just want to say happy birthday to my son. Itu saja lah.

Sumber: Media Hiburan

SKIP THIS AD ×