berita

‘Saya Telah Berjanji Kepada Ibu’ – Tak Pernah Kalah, Khabib Umum Bersara Selepas Kehilangan Ayah Tercinta

October 25th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Juara dunia lightweight MMA iaitu Khabib Nurmagomedov mengejutkan orang ramai atas keputusan persaraannya dari arena sukan UFC. Keputusanya itu dibuat selepas kemenangan menewaskan atlet Justin Gaethje dengan pungutan mata sebanyak 29-0.

Atlet dari Rusia berusia 32 tahun itu bagaimanapun telah berjanji dengan ibunya untuk bertarung buat kali terakhir di gelandangn MMA dunia.

Perlawanan terakhir Khabib

Video kemenangan yang dikongsikan melalui Facebook UFC itu menyaksikan kemenangan terakhir Khabib menentang Justin Gaethje. Selepas berjaya menewaskan pihak lawan dengan 29-0 mata di pusingan kedua, dia kelihatan sebak dan sedikit beremosi.

Memetik laporan Astro Awani, atlet juara dunia ini mengambil masa selama tiga hari untuk meminta keputusan dan kebenaran dari ibunya untuk beraksi buat kasi terakhir.

Bila UFC memanggil saya untuk bertarung dengan Justin, saya telah berbincang dengan ibu selama tiga hari. Saya telah berjanji dengan ibu, ini pertarungan terakhri saya. Jika saya sudah berjanji, saya mesti tunaikan. Ini pertarung terakhir saya.

Tak mungkin ke sini lagi

Malah, dia juga berkemungkinan tidak bersemangat untuk berakhir di dalam gelangang tanpa seorang ayah disisi iaitu Allahyarham Abdulamanap Nurmagomedov sebagai jurulatihnya.

Dalam perlawanan semalam, Khabib menumpaskan Gaethje menerusi kuncian ‘triangle choke’ pada minit ke 1:34 di pusingan kedua. Keputusan tersebut menjadikan rekod profesional Khabib dengan cemerlang sebanyak 29 kemenangan tanpa kalah.

Hari ini merupakan hari terakhir saya bertarung di UFC. Tak mungkin saya ke sini lagi tanpa ayah saya.

Sumber: UFC

SKIP THIS AD ×