berita

‘Saya Terkejut & Agak Kecewa’ – Tidak Tahu Rekaan Dipakai Natasha Hudson, Ini Respon Rizman Ruzaini

January 7th, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Penampilan Natasha Hudson, di sebuah majlis pelancaran produk kecantikan baru-baru ini, ternyata mengundang pelbagai kecaman netizen. Ini kerana, dia menggayakan busana yang menampakkan bahagian bahu (off shoulder) dalam majlis tersebut.

Artikel berkaitan: ‘Ini Bukan Pelancaran Kedai Mamak’ – Natasha Hudson Jawab Kritikan Baju ‘Nampak’ Bahu

Terbaru, menerusi laporan Kosmo, pereka fesyen popular iaitu Rizman Ruzaini memberitahu bahawa mereka tidak tahu koleksi rekaan tersebut dipakai oleh Natsha Hudson. Tambahan, Natasha merupakan selebriti yang bertudung.

Mencalarkan imej dan reputasi

Menjawab segala kontroversi yang timbul mengenai busana ‘muslimah seksi’ yang digayakan Natasha Hudson semalam, Rizman memberitahu bahawa baju berwarna putih dengan gaya terdedah pada bahagian bahu tersebut telah dibeli seseorang yang tidak diketahui identitinya menerusi online sejak tiga bulan lalu.

Baju tersebut adalah koleksi pakaian pengantin yang telah dibuat sejak tiga tahun lalu dan telah dilelong dengan potongan harga sebanyak 90 peratus. Sejujurnya, sebagai pereka baju tersebut, saya terkejut dan agak kecewa kerana si pemakainya seseorang yang berhijab. Sedikit sebanyak tindakan itu boleh mencalarkan imej dan reputasi jenama Rizaman Ruzaini yang telah bertapak sejak 15 tahun lalu.

Tambah Rizman, dia telah banyak bekerjasama dengan ramai selebriti berhijab seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan tahu bentuk pakaian yang bersesuaian dengan imej wanita menutup aurat.

Sejujurnya saya marah

Sejujurnya saya marah juga apabila mendapat tahu dia (Natasha Hudson) yang memakai baju itu kerana dia berhijab. Rekaan baju tersebut direka untuk wanita free hair (tidak berhijab) dan pernah digayakan oleh aktres Fasha Sandha.

Sehubungan dengan itu, Rizman turut menegur penatarias yang menggayakan Natasha semalam supaya lebih peka dengan imej seorang wanita muslim yang berhijab agar menjaga sensitiviti masyarakat. Terdahulu, Natasha menggayakan busana yang menampakkan bahagian bahu dan mempunyai  belahan pada bahagian belakang sehingga menampakkan betisnya.

Sumber: Kosmo

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×