Pelakon Remy Ishak kini bergelar Datuk selepas menerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bersempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka iaitu Tun Mohd Ali Rustam pada Ahad.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Remy Ishak Tampil Imej Tindik Hidung – ‘Ini Tipu Ja, Bagilah Chance Nak Cuba Gaya Baru’
Artikel Berkaitan: Remy Ishak Tak Tergugat Dengan Bakat Baharu Seperti Mierul Aiman & Amir Ahnaf – ‘Buat Apa Bersaing, Saya Ada Level Sendiri’
Berlakon lebih 30 filem
Menerusi laporan BH Online, istiadat penganugerahan itu berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Menurut Remy, dia tidak mahu orang lain menganggap beliau tinggi diri selepas beroleh gelaran Datuk.
Saya tetap Remy Ishak sama seperti dahulu. Darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk ini sebenarnya tidak lebih kepada usaha menghargai jasa dan pengorbanan penggiat seni di negara ini.
Saya menghormati penganugerahan ini yang secara tidak langsung memberi saya suntikan baharu untuk menjadi lebih berjaya dalam bidang seni pada masa akan datang.
Sebenarnya, saya tidak pernah termimpi untuk menerima penganugerahan yang saya anggap sangat besar ini. Saya sangat hargai penganugerahan ini.
Sekadar info, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Isha merupakan anak jati Melaka dan merupakan pelakon yang aktif dalam bidang seni. Sepanjang menjadi anak seni, Remy telah berlakon lebih 30 filem.
Selain Remy, aktor Ashraf Muslim turut dianugerahkan Bintang Khidmat Terpuji (BKT) selepas watak Sultan Melaka dalam Hikayat Hang Tuah.
Sumber: Berita Harian