Penyanyi Shila Amzah enggan masuk campur atau menyebelahi mana-mana pihak berhubung kemelut yang melanda rumah tangga ibu dan bapanya.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Boleh Menyanyi Tapi…..’ – Shila Amzah Dedah Kenapa Pilih Adik Lelaki Sertai Famili Duo
Artikel Berkaitan: Famili Duo Kembali Lagi! Mas Idayu & Ajai Kekal Sebagai Juri, Barisan Peserta Semakin ‘Berbisa’
Artikel Bekaitan: Ryan Bakery Sertai Kelas Vokal Demi Famili Duo, Janji Beri Saingan Kepada Peserta Lain
Itu pilihan mereka
Menurut Shila atau nama sebenar, Nurshahila Amir Hamzah, 33, berkata keputusan untuk berpisah adalah pilihan ibu bapanya sendiri dan sebagai anak hanya kebahagiaan mampu didoakan.
Saya bersikap neutral dan tidak berpihak kepada sesiapa. Apa yang berlaku antara mereka, saya tak nak masuk campur.
Saya hanya mahu mereka gembira sahaja. Anak-anak pun dah besar. Semua ada kehidupan masing-masing. Tidak timbul isu anak nak ikut siapa selepas ibu bapa bercerai.
Mengenai pendirian untuk mengunci mulut ketika isu rumah tangga orang tuanya menjadi perbualan hangat netizen, penyanyi ‘Patah Seribu’ ini memaklumkan tiada sebarang keperluan untuk dia memberi kenyataan.
Saya tidak membuat kenyataan kerana perkara ini tidak pernah ganggu saya. Sekarang ini, saya nak hidup tenang sahaja. Sebab itulah saya biarkan sahaja.
Terdahulu, Shila ditemui di sidang media Famili Duo musim ketiga di Putrajaya. Shila bakal menyertai program tersebut bersama adik lelakinya iaitu Syahir.