berita

Rumah Tangga Didakwa Bermasalah, Haqiem Rusli Pilih Untuk Diam Selagi Tak Mudarat

October 1st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi Haqiem Rusli menyangkal dakwaan netizen berhubung isu rumah tanggannya yang dikatakan sedang dilanda masalah. Menurut Haqiem, perkahwinannya bersama Sofea masih utuh meskipun jarang memuat naik foto bersama di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Dia Boleh Menyanyi Tapi…..’ – Shila Amzah Dedah Kenapa Pilih Adik Lelaki Sertai Famili Duo

Artikel Berkaitan: Famili Duo Kembali Lagi! Mas Idayu & Ajai Kekal Sebagai Juri, Barisan Peserta Semakin ‘Berbisa’

Artikel Bekaitan: Ryan Bakery Sertai Kelas Vokal Demi Famili Duo, Janji Beri Saingan Kepada Peserta Lain

Jarang kongsi gambar bersama

Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli, 24, turut berkata, bukan semua perkara yang dilakukan olehnya dan isteri perlu dipaparkan kepada umum.

Hubungan saya dengan Sofea baik-baik sahaja, mungkin sebab isu sebelum ini membuatkan kami jarang kongsi gambar bersama di media sosial. Kami ada kehidupan sendiri. Tak mungkin setiap hari nak kongsi gambar bersama. Hidup ini bukan semata-mata di media sosial.

Haqiem yang ditemui ketika sidang media program Famili Duo musim ketiga di Putrajaya pada Sabtu, turut menjawab spekulasi mengapa isterinya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 21, bertindak memadam semua gambar lama mereka di Instagram.

Saya sudah lali dengan kecaman dan pandangan negatif. Oleh sebab itu, saya mengambil pendekatan berdiam diri. Saya dah melalui kecaman dan pelbagai dugaan sejak bergelar artis. Sebelum berkahwin pun saya sedar peminat akan terus ambil tahu mengenai kisah rumah tangga kami.

Saya tidak masalah selagi tidak menyentuh isu sensitif yang keterlaluan. Jika berlaku, saya sendiri tidak tahu apa respon saya ketika itu.

Sementara itu, Haqiem turut menyangkal dakwaan tujuan dia memuat naik foto Sofea di Instagram miliknya baru-baru ini sebagai gimik susulan penglibatannya dalam program Famili Duo.

Saya tiada gimik dan berkongsi foto itu sebab nak menunjukkan keharmonian antara kami. Melalui perkongsian itu juga terbukti ramai sayangkan Sofea dan memberi teguran yang baik buatnya.

Sekadar info, Haqiem bakal bergandingan dengan sepupunya iaitu penyanyi Ariff Barhan dalam program Famili Duo yang akan bersiaran bermula 15 Oktober ini.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×