Personaliti media sosial, Kasih Iris Leona menyatakan dia kini berada dalam keadaan baik selepas lebih setahun memendam perasaan mengenai kontroversi yang membabitkan kawan baiknya bercinta dengan bekas kekasihnya.
Artikel Berkaitan: Leona Trauma Kawan Baik Bercinta Dengan Ex Boyfriend, Netizen ‘Serang’ Pelakon Baharu, Cupcake Aisyah?
Artikel Berkaitan: Dituduh ‘Sondol’ Bekas Teman Lelaki Leona, Ibu Tampil Pertahan Cupcake Aisyah – ‘Jangan Sampai Merangkak Di Padang Mahsyar’
Dah lama pendam
Menerusi hantaran di Telegram, Leona yang juga anak kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman berkata dia enggan mendedahkan identiti individu yang dimaksudkannya di TikTok. Leona juga berharap tidak ada lagi pertanyaan mengenai hubungan persahabatan mereka selepas ‘kantoi’.
Saya baik-baik saja. Saya telah menyimpannya sendiri selama lebih dari setahun. Dan sekarang saya berada dalam keadaan baik saja. Saya hanya ingin melepaskannya kerana ia telah lama bermain di fikiran saya.
Tetapi saya tidak mahu mengesahkan atau menafikan siapa itu tetapi saya harap anda tidak akan bertanya tentang persahabatan kami lagi.
Tambah ‘influencer’ berumur 22 tahun, dia terpaksa menanggung kesakitan apabila ada segelintir netizen yang membuat andaian buruk selepas mengetahui dirinya sudah tidak lagi berkawan dengan ‘kawan baik.’
Kerana tahun lepas, memang sakit hati bila orang buat andaian buruk tentang saya selepas mengetahui kami tak berkawan lagi.
Saya bersyukur untuk semua perkara yang dia lakukan tetapi jelas, sukar untuk kembali seperti dahulu. Jadi saya harap anda semua faham!
Saya tahu semua ini mungkin terasa begitu tiba-tiba tetapi saya tidak mahu berpura-pura semuanya baik saja di antara kami, di hadapan anda semua, dan ia sangat berat untuk saya pikul sendiri.
Buka lembaran baru
Dalam pada itu, anak bongsu daripada tiga adik beradik ini berharap agar tahun ini membawa lebih banyak kegembiraan dan kebahagiaan dalam kehidupannya.
Saya harap tahun ini berjalan lancar untuk anda semua! Saya ingin menjadi lebih bahagia dan sihat tahun ini.
Saya berjanji, saya jauh lebih baik sekarang! Ia mengambil sedikit masa untuk sampai ke tempat saya tetapi sebenarnya, ia tidak menjejaskan saya lagi.
Sebelum ini, Leona mendedahkan tindakan ‘backstabber’ telah menyebabkan timbul perasaan trauma untuk bercinta dan mempercayai kawan baiknya sendiri.
Trauma 2023 saya. Saya sudah melupakannya jadi jangan risau saya boleh bergurau tentangnya sekarang.
Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen memetik nama pelakon personaliti media sosial dan pelakon baharu, Cupcake Aisyah.
Malah, Aisyah didakwa menjadi individu yang dimaksudkan Leona selepas mereka menonton video Youtube di mana bekas teman lelaki Leona datang ke rumah Aisyah tanpa pengetahuan Leona.
Sumber: Telegram