Hari ini sudah masuk hari ke-20 misteri kehilangan Muhammad Ashraf Hassan atau Acap salah seorang peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019. Meskipun masih belum ada tanda-tanda baharu, misi pencariannya akan terus dipergiat sehingga dia diketemukan.
Seorang pemuda yang pernah ‘dijaga bunian’ selama tujuh hari hilang di Bukit Broga pada dua tahun lalu turut membantu pihak penyelamat mencari Acap.
‘Bukan bunian yang ambil Acap’
Menurut laporan Sinar Harian, Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman bersama ibunya Rohana Saad telah bekerjasama dengan pihak bomba meninjau lokasi terakhir Acap hilang. Bagi Azarul, dia telah merancang lama untuk datang namun tidak berkesempatan.
Saya dan ibu sudah lama merancang untuk turun ke Gopeng membantu berdasarkan pengalaman dan baru hari ini (semalam) saya berkesempatan untuk datang.
Apa yang boleh dikatakan bukan depa (bunian) yang ambik dia (Acap), malah saya dan ibu tidak merasai kehadiran dia (Acap) di bukit itu dan di Gua Kandu.
Doa ibu adalah yang terbaik
Tambahan, menurut ibu Azarul, doa seorang ibu adalah yang paling terbaik dalam membantu memudahkan operasi mencari anaknya meskipun sudah memasuki hari ke-20.
Dugaan ibunya kali ini adalah yang terhebat berbanding saya. Saya lihat pelbagai ikhtiar telah dijalankan dan diharapkan keluarga mereka sentiasa berdoa dan membaca al-Quran agar Acap segera ditemui.
Sumber: Sinar Harian