berita

‘Saya Tidak Pernah Berniat Ingin Menghina Sesiapa’ – Ahli Perniagaan Tampil Mohon Maaf

July 29th, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Di Instagram, seorang ahli perniagaan terkenal yang didakwa berlaku biadap terhadap seorang warga emas tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan menjelaskan perkara sebenar.

Artikel berkaitan: ‘Pak Cik Ada Hak Untuk Saman Dia’ – Sharnaaz Ahmad

Artikel Berkaitan: ‘Tak Perlu Kot Nak Merendahkan Orang Macam Tu, Sangat Tak Baik…’ – Sherry Ibrahim

Artikel Berkaitan: ‘Masa Muda Dulu Menyesal Tak?’ – Video Lelaki Biadap, Malukan Warga Emas Bikin Netizen Bengang

Saya tak ada niat

Berkenaan video pendek yang tular baru-baru ini, saya tidak pernah berniat ingin menghina sesiapa terutama uncle tersebut. Selama saya hidup, tidak pernah saya berlaku biadab kepada sesiapa terutama warga tua. Saya sedaya upaya cuba menghormati semua golongan. Tujuan hidup saya hanyalah ingin membantu, memberi manfaat dan mengubah hidup mereka yang memerlukan selain menjadi hamba kepada yang esa. Jika ketika petikan video itu dirakam kelihatan seperti saya tidak beradab dengan uncle tersebut, saya betul-betul mohon maaf atas ketidak beradaban saya. Sejujurnya sebelum, semasa dan selesai bercakap, saya menyantuni uncle dan semua gelandangan dengan baik dan mereka semua gembira pada hari tersebut. Sebab itu saya tidak terfikir akan ada sesuatu yang kurang baik baik dari video tersebut dan saya post di media sosial saya.

Menurut ahli perniagaan tersebut, dia tidak pernah terlintas untuk menghina golongan yang memerlukan bantuan. Ini kerana, dia pernah berasa susah dan memerlukan bantuan daripada orang lain suatu ketika dahulu. Tambahnya, dia juga seorang manusia yang hina dan penuh dengan dosa. Tambah ahli perniagaan tersebut, dia benar-benar memohon maaf kepada semua pihak dan berjanji akan berjumpa warga emas itu semula untuk memohon maaf dan memperbetulkan semula kesilapannya.

Mengulas mengenai isu tidak memakai pelitup muka semasa bercakap, ahli perniagaan tersebut turut memohon maaf dan memberitahu bahawa pihak Polis Diraja Malaysia telah memanggilnya dan mengenakan kompaun.

Saya telah mengecewakan anda

Di akhir posting, ahli perniagaan tersebut turut menjelaskan serba sedikit mengenai aktivitinya semasa berjumpa rakan jalanan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL). Jelasnya, warga emas tersebut merupakan salah seorang individu yang sukarela berkongsi kisah silam hidupnya dan mahu bangkit semula untuk menebus kesilapan pada masa lalu. Ahli perniagaan tersebut turut mengaku bahawa dia tidak patut meninggikan suara ketika bercakap dengan warga emas tersebut dan mengambil isu yang berlaku ini sebagai pengajaran palin terbesar dalam hidupnya.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×