Dr Amalina Che Bakri sering berkongsi tips kesihatan berkaitan produk-produk kecantikan yang telah menguasai pasaran tempatan. Sebelum ini, dia juga pernah kongsi kenyataannya berhubung khasiat herba yang digunakan dalam produk kesihatan di negara ini menerusi laman Twitter rasminya.
Sehubungan itu, isteri kepada pengasas produk kosmetik tempatan tampil membuat kenyataan terhadap isu yang dikemukan Dr Amalina ini. Dia menyifatkan doktor pakar bedah itu sering menjatuhkan peniaga-peniaga untuk mencari rezeki. Ini jawapan bidas Dr Amalina.
Ya, dia berjaya sebab dia bijak
Saya memberi maklumat benar
Saya tak pernah condemn produk puan
Lapisan gigi akan nipis
Arang tidak memutihkan gigi. Based on published studies, there is no evidence that charcoal can whiten your teeth. It cleans your teeth but it DOES NOT whiten your teeth. Penggunaan dalam jangka masa panjang juga akan membuatkan lapisan gigi anda nipis, it can weaken your enamel.
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) November 10, 2018
Sebelum ini, Dr Amalina pernah kongsi kesan-kesan sampingan produk serbuk arang pemutih gigi menerusi laman Twitter miliknya. Namun begitu, dia tidak pernah menyebut mana-mana jenama produk.
Sudah lama saya bagi kenyataan ini
Ada yang menuduh saya macam2 kenapa baru sekarang nak bagi statement pasal arang ni bila ada satu iklan ni jadi viral. Sebenarnya, sudah lama saya bagi statement berkaitan arang. The first article was published in July. https://t.co/qKaTSjeY7K
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) November 18, 2018
Perkongsian kesihatan dari Dr Amalina ini telah dikongsinya sejak Julai lalu. Hujahannya juga disokong oleh beberapa doktor pakar yang lain. Selain produk ini memberi kesan sampingan terhadap penipisan lapisan gigi dan kesihatan.
Sumber: Dr Amalina