
Penyanyi, Dayang Nurfaizah menegaskan tiada sebarang tarikh istimewa selain daripada dua tarikh persembahan eksklusif Janji With Dayang pada 23 Ogos dan 27 September depan.
Artikel Berkaitan: Hael Husaini & Dayang Nurfaizah Sudah Bertunang?
Artikel BArtikel Berkaitan: Dayang Nurfaizah Jawab Khabar Angin Bakal Tamatkan Zaman Bujang – ‘Saya Tidak Menafikan, Tidak Juga Mengiyakan’
Tarikh istimewa

Menyambut baik setiap doa peminat, Dayang atau nama lengkap Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 44, sebaliknya terus mengunci mulut dan meninggalkan teki-teki berhubung gosip bakal menamatkan zaman bujang.
Tiada tarikh istimewa lain selain daripada tarikh acara Janji With Dayang pada 23 Ogos di Top View, Komtar, Pulau Pinang dan 27 September di Tower Terrace, Kuala Lumpur Tower.
Ini adalah tarikh paling istimewa untuk saya mempersembahkan lagu-lagu dalam album terbaharu dan tidak sabar menantikan tarikh isimewa itu.
Apa pun terima kasih untuk setiap doa yang diberikan untuk saya. Terus doakan yang terbaik untuk saya.
Dayang berkata demikian ketika ditemui di sidang media Janji With Dayang yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota, pada Isnin.
Insan istimewa

Disoal adakah insan istimewa akan hadir pada acara tersebut, Dayang menjawab peminat yang sudah dianggap sebagai orang paling bermakna buat dirinya akan hadir pada dua tarikh itu.
Orang yang bermakna untuk saya adalah peminat saya, mereka tidak akan sepentas tetapi ada bersama saya pada acara itu nanti.
Selain peminat, ada teman-teman artis juga yang dikhabarkan akan hadir. Semua mereka begitu istimewa untuk saya.
Kira-kira sebanyak 18 buah lagu bakal disampaikan oleh Dayang pada dua hari acara tersebut yang dianjurkan oleh Usanita Entertainment dengan kerjasama Mask Team.
Janji With Dayang juga menampilkan bakat muda iaitu Anwar Amzah dan Naki.








