berita

‘Saya Tidak Sependapat Untuk Menutup Terus Crackhouse Comedy Club’ – Syamsul Yusof

July 13th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Penutupan Crackhouse Comedy Club mendapat tentangan hebat daripada beberapa selebriti tempatan antaranya Datuk Afdlin Shauki dan Sharifah Amani.

Artikel Berkaitan: ‘Aku Beragama Islam, Tak Sokong Penghina!’ – Afdlin Shauki

Artikel Berkaitan: Sharifah Amani Minta Berlaku Adil, Bantah Penutupan Operasi Kelab Komedi Crackhouse

Boleh dibincang

Terbaharu, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan iaitu Syamsul Yusof bersuara mengenai isu yang hangat diperkatakan di media sosial.

Menurut Syamsul, 38, dia membantah penutupan penuh operasi kelab itu kerana berpendapat masih boleh untuk dibincangkan.

Buat laporan polis

Tambah pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof, amaran keras dan undang-undang harus diperketatkan bagi mengelakkan insiden menghina agama Islam berulang lagi.

Katanya, pihak yang berkaitan perlu memainkan peranan masing-masing dalam menangani isu terbabit.

Tapi amaran keras, undang-undang harus diperketat dan jabatan agama dan pihak berwajib juga pemimpin perlu serius tangani isu berlarutan menghina agama Islam ini.

Dalam pada itu, suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana mewakili Semboyan Malaysia bersama Ayahanda Che Ton (ACT) akan turut menfailkan laporan polis berhubung isu persenda Islam dan penutupan Crackhouse Comedy Club, hari ini.

Selepas tular video dipercayai menghina agama Islam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak menggantung sementara operasi sebuah kelab komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Terdahulu, viral sebuah video yang memaparkan seorang wanita tampil lengkap berbaju kurung dan tudung dan kemudiannya bertindak menanggalkan sehinggakan terdedah aurat di khalayak umum.

Wanita berasal dari Kuala Kangsar itu, Perak itu memberitahu dia berketurunan Melayu, beragama Islam dan sudah menghafal 15 juzuk al-Quran.

Sumber: Instagram @syamsulyusoffilm

SKIP THIS AD ×