Terbaru, kalau anda perasan, kecoh sebentar dunia hiburan apabila AC Mizal telah menulis di status Twitternya bahawa dia telah menemui Brad Pitt, bintang Hollywood, dan memberitahu bahawa dia akan membintangi filem antarabangsanya yang pertama.
Namun itu semua sebenarnya adalah satu gurauan yang sengaja dibuat AC Mizal dan dia tidak berniat untuk mencari publisiti pun. Dalam statusnya di Twitter, AC Mizal menulis, ” Mtg w Bradd Pitt for my next movie, sama tinggi je rupanya hmmm.”
Statusnya ini telah menimbulkan tanda tanya buat para peminat dan ianya telah ditambah lagi dengan status berbunyi, “My dream came true!first international movie.”
Dalam temubualnya bersama wartawan mStar Online, dia memberitahu bahawa dia tidak menyangka gurauannya itu akan menimbulkan pelbagai reaksi dari peminat dan orang ramai.
“Saya tidak tahu hendak tergelak atau apa? Saya tidak sangka pula gurauan dengan para peminat di akaun Twitter pada Selasa lalu dianggap serius oleh segelintir pihak. Hakikatnya, kemas kini di akaun itu kononnya saya akan berlakon bersama Brad Pitt hanyalah gurauan kosong dan bukan untuk mencari publisiti atau kontroversi.” – dipetik dari mStar Online.
AC Mizal turut menerangkan bahawa status itu sebenarnya adalah satu gimik untuk program yang dikelolakannya, “Betul Atau Bohong”, yang disiarkan di Astro Warna.
“Kalau hendak tahu, saya sering bergurau perkara-perkara yang mengarut, sekadar untuk bergurau dengan peminat. Ini juga sebahagian daripada gimik untuk program kelolaan saya Betul ke Bohong yang sedang disiarkan pada setiap Isnin di Astro Warna.” – AC Mizal.
OHBULAN! pun agak terkejut pada mulanya, iya lah, untungkan kalau dapat berlakon dengan Brad Pitt. Rupanya gurauan saja.
Sumber : mStar Online