berita

‘Saya Tidaklah Nak Sembunyikan Wajah Anak Beriya-Iya’ – Elly Mazlein

June 11th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon dan pengacara Elly Mazlein masih dengan pendirian untuk tidak berkongsi wajah anak-anak di media sosial.

Artikel Berkaitan: Tak Rasa Pelik Tutup Muka Anak Dengan Emoji, Elly Mazlein Pilih Jauhkan Dari Dunia Glamour

Keluar tak bertutup litup pun

Ketika ditemui OhBulan!, Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom berkata dia tidak menyembunyikan dua anaknya daripada tatapan orang ramai.

Katanya, keputusan untuk meletakkan ‘sticker’ itu disebabkan reaksi puteri sulungnya, Putri Sara Sefhia yang seakan tidak selesa sekiranya ada individu yang ingin bergambar.

Sebenarnya saya tidaklah nak sembunyikan beriya-iya. Saya keluar tak ada pun bertutup litup. Tapi saya nak tunggu anak besar. Bila saya berjalan, anak tiba-tiba menyorok. Bila orang ambil gambar dia akan pergi belakang saya (menyorok).

Saya tanya kenapa? Anak aku tak suka ke? Jadi, dari situ saya ikut tindak balas anak. Saya nak biar anak yang buat keputusannya sendiri.

Kak Lina Pom Pom berkata demikian ketika majlis sidang media program ‘Ceria Popstar Extra’ yang diadakan di The Garden Mall, Mid Valley City, baru-baru ini.

Hak masing-masing

Bagaimanapun, penyanyi berumur 42 tahun ini menyatakan itu cara dirinya dalam menjaga anak-anak.

Pemilik nama lengkap Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi tidak menganggap tindakan berkongsi wajah anak di media sosial adalah salah kerana masing-masing berhak untuk menentukan.

Itu adalah pendapat saya, tak salah pun untuk siapa-siapa yang nak dedahkan anak mereka. Tak ada masalah, itu hak masing-masing. Sebab pada saya, kita dah besar semua orang ada hak masing-masing.

Semua orang ada hak dan boleh buat apa sahaja untuk diri mereka. Tapi untuk saya, ada cara tersendiri. Ada perkara saya kena puaskan hati keluarga saya saja.

Terdahulu, penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan berkahwin dengan seorang guru, Mohamad Azlan Che Nuh. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Haider Mateen yang berusia lapan bulan.

Sehingga hari ini, Elly memilih untuk menutup wajah kedua anaknya iaitu Putri Sara Sefhia Azmi yang merupakan anak dari perkahwinan pertama dan juga Haider Mateen.

Sumber: Instagram @iamellymazlein

SKIP THIS AD ×