Merakam video bersama pasangan kekasih bagaikan menjadi trend masa kini. Ada yang merakam video menyanyi bersama dalam kereta dan ada yang rakam seperti vlog harian. Namun, lain pula yang dilakukan wanita ini terhadap teman lelakinya. Dia kelihatan membuang rokok elektronik ataupun dikenali sebagai vape keluar dari kereta yang sedang dipandu lelaki itu.
Menerusi Twitter Intan, dia memuat naik satu rakaman video seorang wanita yang dengan sengaja membuang vape milik teman lelakinya itu keluar dari kereta. Tindakannya itu seolah-olah mengongkong pasangannya itu. Lantas netizen terus mengecam tindakan gadis tersebut.
Itu hak dia, benda tu beli dengan duit
Kalau jadi perempuan jangan bodo macam ni , itu hak dia . benda tu beli dengan duit , cukuplah kau cakap jangan smoke depan kau or something . Bagi aku buang keluar tingkap macam tu dah melampau , lainlah buang dalam tong sampah , boleh kutip balik . pic.twitter.com/OZf9TJXeLk
— intanned (@yournekschapter) September 11, 2019
Perbuatannya itu mungkin sebagai tanda tidak membenarkan teman lelakinya untuk menghisap vape. Namun tindakannya itu tidak sewajarnya berlaku. Dia boleh menasihati teman lelakinya itu dengan cara elok. Melalui video tersebut, riak wajah lelaki tersebut turut berubah dan hanya memendam perasaan sedih apabila harta benda miliknya dibuang begitu saja.
Nampak muka terkilan
Tolong hormat pasangan masing-masing
Sumber: Intan