Bagi mereka yang sedang dilamun cinta ataupun yang sudah mendirikan rumah tangga, pasti mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja yang mampu demi membuktikan keikhlasan cinta mereka pada pasangan.
Artikel Berkaitan: Sanggup Keluar Islam Demi Cinta, Kisah Rumah Tangga Pelakon Indonesia Ini Kembali Viral Di Media Sosial
Cacah tatu nama pada dahi
Begitu jugalah dengan seorang wanita ini yang sanggup membuktikan cinta sejatinya terhadap pasangan dengan melakukan satu cara yang sangat unik.
Namun, keunikan yang dilakukan wanita ini pastinya tidak dapat dilakukan mana-mana wanita lain selepas dia bertindak mencacah tatu nama suaminya pada bahagian dahinya sendiri.
Menerusi video yang tular di Instagram (IG), seorang pencacah tatu dilihat menampal sekeping kertas yang tertera nama ‘Satish’ di atas dahi wanita berkenaan.
Dapat dilihat, wanita tersebut mengerutkan dahinya kerana menahan sakit namun tetap terus kuat bertahan dan menunggu sehingga proses tersebut selesai.
View this post on Instagram
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam wanita berkenaan dan berpendapat cara yang dilakukannya itu bukan cara yang sesuai dan bijak untuk menunjukkan kasih sayangnya kepada suami.
Sumber: Instagram