berita

‘Sayu Tengok Pakcik Pandu Teksi Sebelah Tangan…’

December 18th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew, antara individu yang aktif menyampaikan bantuan kepada rakyat Malaysia. Bantuan tersebut diberikan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama. Malahan, netizen-netizen memberi sokongan sepenuhnya jika Ebit dilantik menjadi Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan: ‘Insya-Allah, Saya Akan Terus Begini..’ – Ramai Sokong #EbitLewForPM, Ini Respon Ebit Lew

Terbaru menerusi satu posting di Facebook, beliau tampil membantu seorang pemandu teksi orang kurang upaya (OKU).

Bawa teksi sebelah tangan

Sayu tadi pusing kl terjumpa pakcik bawa taxi sebelah tangan. Keretanya rosak. Banyak rosak. Kerja 8jam sehari dapat rm15 ke rm20 sahaja sepanjang tahun ini. Setiap hari keluar rumah cari rezeki. 14 tahun bawa taxi. Tangan sebelah tiada kerana kemalangan jalan raya. Tadi saya bawa pakcik ini ke bengkel dan akan bayar apa yang rosak. Beri sedikit duit belanja. Ya Allah. Banyak ni ustaz.  Pakcik tiba sedih sebak, rajin pakcik ini bekerja. Semoga dimudahkan segala urusannya. Pakcik ni terharu,katanya tak sangka ustaz tiba datang dan sudi nak terus bantu beliau. Tiada duit nak repair kereta. Semoga 2 orang anak pakcik ni berjaya dalam pelajaran kehidupan.

Menerusi posting tersebut, beliau menceritakan kegigihan seorang pemandu teksi yang sudah berkhidmat hampir 14 tahun. Namun, apa yang menyedihkan adalah pakcik itu hanya memandu dengan tangan yang sebelah disebabkan terlibat dalam satu kemalangan dahulu. Selain itu, beliau turut menceritakan keadaan teksi itu yang sudah uzur.

Tidak berakhir di situ, Ebit turut mendoakan supaya pakcik itu dimurahkan rezeki.

Terima kasih ustaz

Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ebit atas keprihatinannya dalam membantu pakcik itu. Namun, terdapat juga komen-komen negatif yang mengecam tindakannya selama ini dan beranggapan Ebit lakukan semua ini demi meraih populariti.

Sumber: Ebit Lew

SKIP THIS AD ×