Baru sahaja berusia 21 tahun, pelakon Scha Elinnea sudah berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenis Mercedes-Benz A180 AMG. Perkongsian tersebut telah dimuat naik melalui laman Instagramnya dan harga kereta tersebut dianggarkan bernilai lebih RM200,000.
Kumpul duit beli kereta idaman
Pelakon drama Tuan Daniel iaitu Scha Elinnea meluahkan rasa syukur di usia muda 21 tahun dia sudah memiliki sebuah kereta mewah. Difahamkan, dia sudah mula mengumpul wang simpanan sejak dua tahun lalu untuk membeli kereta impiannya.
Alhamdulillah, di usia 21 tahun hari ini merupakan hari di mana saya perlu berbangga dengan pencapaian diri sendiri. Saya tidak pernah bayangkan diri ini dapat memiliki sebuah kereta idaman dan ini adalah pencapaian terbesar bagi saya setakat ini. Semua ini tidak akan menjadi realiti tanya sokongan dan doa dari keluarga saya.
Bangga dengan diri sendiri
View this post on Instagram
Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, sebelum ni dia hanya menaiki kereta pembantu peribadinya untuk ke set penggambaran atau ke mana sahaja. Selepas ini, dia juga berazam untuk membeli sebuah rumah pula dengan menggunakan duit hasil kerjanya.
Ini adalah kereta pertama saya. Sebelum ini kalau ke mana-mana memang tumpang kereta pembantu peribadi (PA) saja. Kiranya, kereta ini sesuai dengan saya. Tak besar dan tak kecil sangat.
Tahun ini saya dapat beli kereta idaman, insya-Allah, kalau ada rezeki tahun depan saya menyasarkan untuk beli rumah pula. Tidak mengapa bekerja keras siang dan malam asal saja apa yang diimpikan dapat dibeli menggunakan hasil titik peluh sendiri.
Sumber: Scha Elinnea