berita

Tak Nak Diri Diperguna, Shuhada Pesan Jangan Terlalu Percaya Pasangan – ‘Letakkan 10% Ragu-Ragu’

October 16th, 2023 | by Shahira
OB Eksklusif

shuhada shukri

Tak dinafikan, kemelut rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi dan bekas isterinya, Shuhada Shukri menjadi perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: #BestiesPapeRoger: Shuhada Shukri Bangkit Lawan Trauma Terhadap Kaum Adam

Artikel Berkaitan: 9 Bulan Tak Masak Sambal Sotong, Shuhada Takut Menangis Teringat Hafidz Roshdi – ‘Ini Lauk Kegemaran Dia’

Malah kisah tersebut juga menjadi pengajaran dan pembelajaran buat semua supaya setia dan lebih menghargai pasangan masing-masing.

Jangan percaya suami 100%

shuhada shukri

Susulan apa yang telah terjadi terhadap rumah tangganya, Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri sangat berharap agar setiap wanita bergelar isteri tidak mengulangi ‘kesilapan’ yang pernah dilakukannya dahulu. ‘Kesilapan’ yang dimaksudkan Shuhada adalah apabila dia meletakkan 100% kepercayaan kepada sang suami.

Ketika ditemui OhBulan!, Shuhada menjelaskan bahawa kepercayaan yang diberikan itu musnah dalam sekelip mata sahaja sehingga boleh meruntuhkan rumah tangga yang dibina.

Kita kena letakkan 10% ragu-ragu pada pasangan, bukan nak timbulkan masalah atau pergaduhan cuma tak nak kita dipergunakan. Jangan terlalu selesa dengan kehidupan kita. Macam saya, bila diuji macam ini, saya seperti hilang arah. Tak tahu nak mulakan dari mana.

Dalam kesempatan itu, Shuhada sempat menitipkan pesan dan nasihat kepada para wanita terutamanya ibu tunggal supaya kuat mengharungi dugaan dalam hidup demi anak-anak.

Sekadar info, sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, OhBulan! melancarkan satu kempen Besties, Pape Roger yang berfungsi sebagai satu platform memberikan pendidikan tentang masalah kesihatan mental dan mendalami kisah pejuang pesakit mental yang selama ini dipendam mereka.

Nak tahu lebih lanjut mengenai masalah mental, kaedah rawatan, perkongsian pesakit mental yang lain? Korang boleh ke #BestiesPaperRoger untuk baca artikel-artikel lain. Korang juga boleh buat luahan hati secara anonymous tau! So guys, pape roger ok?

SKIP THIS AD ×