berita

[VIDEO] Hafidz Roshdi Alami Bipolar, Terima Rawatan Sejak Tiga Tahun Lalu

October 4th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Hafidz Roshdi Bipolar

Pelakon, Hafidz Roshdi mendedahkan bahawa dia mengalami masalah kesihatan mental iaitu Bipolar.

Artikel Berkaitan: Mahkamah Tetapkan Tarikh Baharu Perbicaraan Kes Dakwaan Hafidz Roshdi Cederakan Nurul Shuhada

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuhada Selamba Komen Di Video Nyanyian Hafidz Roshdi & Janna Nick- ‘Kena Lagu Ini Dengan Dia’

Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Sihat & Waras, Perbicaraan Boleh Diteruskan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafidz Roshdi Mengaku Tidak Bersalah, Mahkamah Perintah Jalani Pemeriksaan Mental Di Hospital Bahagia

Rawatan susulan

Hafidz Roshdi Bipolar

Ketika ditemui OhBulan! pemilik nama sebenar Mohammad Hafidz Roshdi berkongsi bahawa dia kini masih lagi mendapatkan rawatan susulan di Hospital Shah Alam berikutan masalah kesihatan mental yang dialaminya.

Keadaan kesihatan saya okey, Alhamdulillah.

Saya sudah rujuk dengan pihak hospital untuk masalah kesihatan mental saya iaitu Bipolar sejak tiga tahun lalu.

Saya perlu dapatkan rawatan dan preskripsi ubat selain perlu check saya punya kestabilan hormon.

Dalam pada itu, pelakon Melastik Ke Hatimu tersebut berkata dia masih lagi aktif dalam dunia lakonan walaupun kes perbicaraan berhubung dakwaan memukul bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri masih berjalan di mahkamah.

Aktiviti seni masih berlangsung seperti biasa. Ada tawaran yang masuk tetapi kebanyakannya masa tidak mengizinkan.

Tiada masalah sekiranya ada pihak yang nak tawarkan saya berlakon, insya-Allah.

Sementara itu, ketika disoal tentang kes perbicaraan tersebut Hafidz berkata dia berharap agar keputusan yang positif berpihak kepadanya.

Saya serahkan semuanya kepada Tuhan dan semoga keputusannya yang baik-baik untuk saya.

Mahkamah hari ini telah menetapkan tarikh 6 dan 7 Februari 2024 bagi perbicaraan semula kes berkenaan.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret di Mahkamah Seksyen Kuala Kubu Bharu.

Terdahulu pada sebutan kes 9 Jun lalu Hafidz disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak untuk dibicarakan selepas pihak pendakwaan mengesahkan laporan perubatan psikiatri aktor itu.

Hafidz sebelum itu mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan.

Pada 2 Mac lalu, Shuhada telah membuat laporan polis di selepas mendakwa dia telah ditumbuk oleh Hafidz beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian pipi.

Pelakon berusia 29 tahun itu didakwa atas pertuduhan mencederakan isterinya (ketika itu) dan dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Syeksen 326 kanun yang sama.

@ohbulanofficial

Replying to @Ticer Avril Kita doakan yang baik-baik saja ??#ohbulan #fyp #news #hafidzroshdi

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×