berita

Sebab Leave Group Whatsapp, Individu Ini Diugut Bunuh, Siap Nak Hantar Geng Motor Lagi Tu!

January 22nd, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Dengan kemajuan teknologi smartphone, penggunaan aplikasi Whatsapp digunakan secara meluas di seluruh dunia. Bukan sekadar itu, malahan boleh dikatakan majoriti daripada kita menggunakannya, jadi komunikasi menjadi semakin mudah.

Ciri kumpulan Whatsapp antara fungsi yang digemari pengguna aplikasi itu. Bila di-‘add’ ke kumpulan yang tidak disukai, sudah pasti kita ada pilihan untuk meninggalkannya kan? Pun begitu, isu sekecil ini menjadi cukup besar kepada seorang netizen. Siap nak buat laporan polis!

‘Kau masuk group aku lepas tu main left-left’

Insiden bermula dengan seorang netizen meninggalkan satu kumpulan Whatsapp yang tidak ingin disertainya. Bengang dengan tindakan itu, seorang individu menghantar mesej secara peribadi bertanyakan sebab meninggalkan kumpulan berkenaan. Tambah lucu, siap ada ugutan lagi tahu?

‘Budak-budak motor aku depan rumah kau’

Perbualan berbaur ugutan itu berlarutan sehingga individu berkenaan mengugut mahu menghantar geng motor seramai 400 orang ke rumah si ‘pesalah’. Tambah parah, dia turut mengatakan mahu membunuh keluarga ‘mangsa’ hidup-hidup. Seramnya!

‘Aku akan buat kau menyesal’

Sekali dia minta maaf pula…

‘Merangkak la kau kat Padang Mahsyar’

‘Insaf’ dengan perbuatannya, individu pengugut akhirnya meminta maaf, namun orang yang diugut berkenaan mahu permohonan maaf dibuat secara terbuka di group Facebook. Dari nama tertera, rupanya hanya satu kumpulan untuk satu game. Sampai macam tu sekali!

Sumber: Harapan Musnah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×