Meskipun isu curang selebriti sensasi, Aliff Aziz telah menggegarkan industri hiburan, namun adiknya Aisyah Aziz dilihat jarang memberi respon dan sejak kebelakangan ini dia hanya memuat naik petikan kata-kata (quotes) Islamik di media sosial.
Artikel Berkaitan: Bencilah Dosa Sepenuh Hati, Tapi Ampunkan Orang Yang Buat Dosa’ – Aisyah Aziz Ambil Alih Tugas Ibu Kongsi Petikan Islamik
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ya, Saya Berlaku Curang’ – Aliff Aziz ‘Makan Luar’ Sebab Jiwa Rasa Kosong
Tak petik nama
Terbaharu, menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Aisyah atau nama lengkapnya Nur Aisyah Aziz dilihat seakan-akan kurang senang dengan tindakan seorang individu.
Banyak kuda perang awak, saya harap awak tahu awak disayangi.
Tapi saya musykil, kenapa obsesnya awak untuk nampak baik sedangkan kita semua perangai kelaut? Can’t we just own our mistakes and move on like adults?
Seolah awak suka main game budak budak sekolah, complain gosip-gosip.
Aisyah juga meluahkan rasa kecewa terhadap individu berkenaan berikutan banyak aib yang sudah tersebar selain kesal kerana nama ibunya juga turut terpalit.
Awak silap satu je, sebab nak tutup aib awak, awak buka aib orang lain. Awak ingat dia akan diam? Sekali dia buka mulut.
Salah dia, too damn much, salah awak pun ada juga. Sabar awak masya-Allah, sabar dia pun ada juga. So actually awak nak apa?
Dah banyak sangat dah ni yang doa untuk kecelakaan keluarga kita, yang jahanamkan kita, minta tuhan ambil nyawa kita.
Awak bandingkan mak saya dengan mak orang lain..funny. Bukankah generasi kita sepatutnya let go main benda-benda compare ni. Wabak merebak.
Dalam pada itu, penyanyi berasal dari Singapura tersebut turut menasihati individu berkenaan supaya mencari bantuan untuk menyelesaikan masalah dalam perhubungannya.
Kalau tak tahan, leave, seek help. Go for couple’s therapy. Do something to gain back the trust. Something! Anything!
Berkali-kali kita suruh awak putus. Berkali-kali awak pilih untuk stay, namun awak lupa untuk mendalami diri awak untuk betul-betul ikhlas.
Tak slay la macam ni. Awak tahu yang saya dari awal team settle this shit privately. Benda-benda public ni semua menunjukkan kelemahan, tapi awak tak layan logic saya.
Bagaimanapun, pelantun lagu Pujaanku itu tidak menyatakan pada siapakah hantaran tersebut ditujukan.
Terdahulu, episod demi episod kisah kemelut rumah tangga Aliff dan isterinya Bella Astillah terbongkar selepas aktor itu ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies.
Kontroversi tersebut menjadi lebih besar apabila ‘kekasih gelap’ Aliff iaitu Sarah Yasmine muncul dan mendedahkan mesej perbualan antara aktor itu dengan Ruhainies.
Bukan itu sahaja, beberapa nama artis lain turut didakwa terpalit dengan pendedahan tersebut termasuk Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.
Sumber: IG Aisyah Aziz