Seorang wanita dipercayai kakak kepada ikon permotoran iaitu Haqiem Stopa meluahkan rasa kecewa apabila adiknya dianiaya bekas teman wanitanya atas tuduhan mengugut menyebarkan foto dan video lucah.
Artikel Berkaitan: Haqiem Stopa Didakwa Simpan Foto, Video Lucah Bekas Kekasih
Artikel Berkaitan: Ikon Permotoran Ditahan Polis Selepas Disyaki Ugut Sebar Gambar Lucah Bekas Kekasih
‘Sebab percayakan seorang perempuan’
Pemilik akaun TikTok, Ladyspaint86 mendakwa tahu kisah sebenar yang terjadi malah dia akan terus memberi sokongan kepada adiknya selain akan membongkarkan kebenaran tersebut.
Sebab percayakan seorang perempuan, akhirnya makan diri kau sendiri dik. Untuk lelaki, jangan jadi bodoh sebab betina. Kau sayang perempuan, tolong lah agak-agak. Macam mana kau kena sekarang? Semua orang tahu kau gilakan sangat betina tu.
Wanita ini akui kecewa dengan individu berkenaan yang didakwa menganiaya dan menghukum Haqiem Stopa sehingga menjatuhkan maruahnya.
Benda tak betul pun sebenarnya. Salah tetap salah. Betul dengan tidak, kita tunggu selepas ini. Aku nak tunjuk hal yang sebenar apa yang aku tahu tapi nanti, benda tak settle lagi. Tak apa, kita jalan dulu bagi dia menari-nari dulu, bergembira sebab apa? Sebab benda yang dia rancang dah berjaya.
‘Kau tak nampak kebaikan dia’
Wanita ini turut menasihati golongan lelaki agar tidak terlalu tergila-gilakan seseorang atas dasar cinta sehingga boleh dijatuhkan sebegitu rupa. Bukan itu sahaja, wanita ini turut mempersoalkan motif bekas kekasih adiknya yang membuat laporan polis tanpa berbincang terlebih dahulu. Walhal sebelum ini, apa sahaja berkaitan dengan adiknya, boleh sahaja disampaikan kepadanya.
Kau nak cerita jahat dia je, kau tak nampak kebaikan dia. Keburukan dia semua nak cerita dengan orang. Hakikatnya, dia (Haqiem) tu orang yang kau sayang dulu. Orang tu (Haqiem) bercinta dengan kau bertahun-tahun, lepas itu bertunang dan dalam masa perhubungan korang ada sahaja yang tidak kena.
Tapi, bila kau jumpa dengan jantan lain, kau dah jadi panas dengan budak ni (Haqiem). Setiap kali jumpa, gaduh. Tak mengapa kalau kau pergi ke orang ketiga. Tetapi, kenapa kau perlu jahanamkan hidup dia (Haqiem).
Terdahulu, Haqiem Stopa mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan menyimpan gambar dan video lucah bekas teman wanitanya dalam dua telefon bimbit miliknya. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 292(a) dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sumber: TikTok Ladyspaint86