Semalam, selebriti media sosial, Caprice mengumumkan isterinya iaitu Farah Inalis kini sedang hamil lima bulan. Tahniah!
Artikel Berkaitan: Isteri Caprice Hamil 5 Bulan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kesian Mondy. Ibu, Bapa Tiri Dia Dah Kena ‘Gula-Gula’ Dengan Bukti Chat Yang Confirm Fake’ – Caprice
Berikutan daripada pengumuman tersebut, Caprice telah memuat naik satu posting yang memaparkan imbasan ultrasound isterinya. Ujar Caprice, dia dan isteri berasa bersyukur sebaik sahaja mengetahui berita tersebut.
Buat DNA
Berikutan daripada posting berkenaan, ada segelintir individu meninggalkan komen yang tidak sepatutnya di media sosial. Caprice memuat naik satu tangkap layar di mana seorang wanita mendakwa isterinya sedang hamil anak orang lain. Ujar Caprice, disebabkan kata-kata tersebut hati isterinya telah terguris.
Terima kasih kak sebab buktikan yang seorang macam Mondy yang bertatu jauh beza lebih baik daripada seorang yang nampak sopan dan ayu macam akak. Disebabkan ramai keluar kata-kata lucah macam ni dan buat isteri saya terguris hati, i decided to padam the last posting regarding our upcoming baby.
Tambah pelantun suara ‘Kau Hade’ ini, dia terpaksa memadam posting imbasan ultrasound tersebut bagi mengelakkan komen berbaur lucah dan negatif. Pada masa yang sama, Caprice mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan isterinya.
Terdahulu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata semalam adalah waktu yang sesuai untuk dia berkongsi berita gembira itu kepada umum.
Sumber: Caprice