Pelakon Nabila Huda turut berasa simpati dengan nasib yang menimpa penyanyi Kaka Azraff apabila kontraknya bersama syarikat rakaman Warner Music Malaysia ditamatkan serta merta.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Terkilan Kerana Kontrak Ditamatkan Secara Tiba-Tiba Tanpa Sebab Yang Jelas’
Artikel Berkaitan: Kaka Azraff Sah Ditamatkan Kontrak Warner Music
Kirim kata semangat
Ketika ditemui OhBulan!, Nabila berkata dia turut terkejut apabila Kaka menjadi mangsa kecaman penyokong Israel susulan tindakanya yang lantang bersuara mengenai pergolakan yang berlaku di Palestin.
Menurut Nabila atau mesra dengan sapaan Abil, dia ada mengirimkan mesej kepada penyanyi itu untuk memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Saya ada mesej dia melalui DM Instagram, saya kata ‘you got this girl, you stroger woman’, saya berikan kata-kata semangat pada dia.
Saya tak mahu tanya dengan terperinci kerana saya faham keadaan dia ketika itu, biarkan dia tenang dahulu.
Hanya dia yang melalui situasi itu, saya nak cakap lebih-lebih pun tak boleh. Saya sebagai kawan pastikan dia tenang.
Saya kata insya-Allah ada sahaja rezeki pada masa akan datang, perkara sebegini tidak boleh diduga.
Nabila berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Masked Singer Malaysia musim ke-4 yang berlangsung di Vivatel Hotel, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Dalam masa sama, Nabila yang juga jiran kepada Kaka berkata, dia mendokan urusan pelantun lagu Gila itu dipermudahkan.
Saya dan Kaka kami jiran, suami saya rapat dengan mereka, selalu berjumpa.
Saya doakan semoga urusan Kaka dipermudahkan, kasihan dia. Tak fasal jadi sebegini.
Terdahulu, nama Kaka menjadi bualan hangat di media sosial susulan tindakkanya mengirimkan mesej kepada pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic berhubung isu Palestin.
Tindakan penyanyi itu membuatkannya disenarai dalam Instagram Jew Hate Database, iaitu sebuah media sosial khas kelompok penyokong Israel.
Susulan daripada itu, syarikat rakaman Warner Music Malaysia mengesahkan telah menamatkan kontrak Kaka.
Sementara itu, Kaka menerusi sidang media khas yang diadakan malam tadi menuntut penjelasan terperinci daripada pihak pengurusan Warner Music Malaysia berhubung penamatan kontraknya sebagai artis naungan label tersebut.