berita

‘Sebagai Suami, Mawar Tahu Apa Yang Saya Tuntut Dalam Perkahwinan’ – Raf Yaakob

October 11th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Rafyakoob Mawar Rashid

Suami kepada pelakon dan usahawan Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob mengambil pendekatan untuk tidak memberi sebarang kenyataan berhubung tindakan isterinya yang sudah menanggalkan tudung.

Artikel Berkaitan: ‘Jihad Yang Paling Utama Ialah Jihad Melawan Nafsu’ – PU Syed

Artikel Berkaitan: Video Mawar Rashid Menangis, Minta Maaf Tular

Enggan panjangkan isu

Rafyakoob Mawar Rashid

Menerusi perkongsian di Instagram, Raf berkata dia tidak mahu isu isterinya itu terus diperkatakan oleh orang ramai. Menurutnya, apa yang berlaku adalah privasi antara mereka sekeluarga.

Minta maaf kepada semua rakan-rakan media yang menghubungi saya melalui panggilan telefon, Whatsapp atau DM sebab saya tidak dapat jawab.

Mawar sudah memberikan kenyataannya malam tadi dan saya tidak mahu lagi membuat sebarang kenyataan untuk memanjangkan isu ini.

Kerana ini adalah perkara yang sangat peribadi antara saya dan Mawar, Mawar dan Allah.

Dalam hantaran yang sama, bapa kepada lima cahaya mata itu meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat isteri tercinta.

Sebagai suami, Mawar tahu apa yang saya tuntut dalam perkahwinan. Kami akan menguruskan hal ini secara tertutup. Pada masa akan datang, kita semua doakan yang baik-baik untuk Mawar.

Terdahulu, Mawar memuat naik dua keping foto memperlihatkan dirinya tidak lagi mengenakan tudung di Instagram sehingga mengundang rasa terkejut dalam kalangan netizen.

Mawar menerusi satu kenyataan pada malam tadi berkata, dia sudah berusaha untuk istiqamah mengenakan hijab, namun akui dirinya gagal. Malah, dia turut memohon maaf kepada semua pihak yang berasa kecewa dengan tindakannya itu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×