berita

Video Mawar Rashid Menangis, Minta Maaf Tular

October 11th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

mawar rashid nangis

Selepas membuat pengumuman tidak lagi mengenakan tudung di Instagram (IG) pada Isnin, nama pelakon Mawar Rashid terus menerus menjadi bualan ramai.

Artikel Berkaitan: Mawar Rashid Buka Tudung – ‘Dah Cuba Tetapi Gagal’

Artikel Berkaitan: ‘Tidak Patut Dicontohi, Ini Antara Saya Dengan Allah’ – Mawar Rashid Bersuara Isu Buka Tudung

Video menangis

Mawar Rashid menangis

Terbaru, tular satu video Mawar sedang menangis dalam keadaan dirinya tanpa hijab atau ‘free hair.’ Menerusi rakaman itu, aktres berumur 28 tahun dilihat menayangkan rambut panjangnya berwarna perang dengan reaksi wajah sedih.

Meskipun muzik latar agak kuat bunyinya, namun jelas perkataan keluar dari mulut pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid iaitu ‘Sorry, i’m really really sorry.’

Difahamkan, itu adalah video lama yang dimuat naik semula di akaun TikTok, @mawarashid97.

Pelbagai komen

komen mawar

Di ruangan komen, warganet tetap rancak meluahkan pendapat dan reaksi masing-masing. Ada pengikut yang menekankan tuntutan Islam yang mewajibkan umatnya menutup aurat dengan sempurna baik lelaki mahupun perempuan.

Selain itu, netizen sempat berseloroh dengan mendakwa peserta Dewi Remaja 2014/2015 seakan seperti sedang memaksa air mata untuk mengalir.

Selepas tiga tahun membuat keputusan untuk berhijab, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu membuat kejutan apabila berkongsi dua foto memperlihatkan rambut yang diikat kemas.

Sekadar info, Mawar terbuka hati untuk memakai tudung pada Ogos 2020 selepas masuk kelas agama.

Terdahulu, Mawar dan usahawan, Raf Yaakob berkahwin pada November 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Sri Riyanna Sayang.

Mawar turut memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×