berita

Sebagai Tanda Menghormati Peristiwa #MH370, Hafiz Hamidun Minta Semua Pihak Tunda Aktiviti Hiburan

March 26th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

hafiz hamidun-1

Semalam, semua tanda tanya mengenai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing telah terungkai.

Selama 18 hari negara berduka, akhirnya Perdana Menteri  Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak mengesahkan bahawa Lautan Hindi menjadi lokasi terakhir pesawat tersebut.

Selepas pengumuman tersebut, ramai pihak termasuk selebriti tampil memberikan kata-kata semangat dan ucapan takziah kepada ahli keluarga semua penumpang serta kru pesawat tersebut. Antaranya ialah bekas penyanyi kumpulan nasyid UNIC iaitu Hafiz Hamidun.

Tweet

Melalui laman sosial Twitter miliknya, Hafiz telah memuat naik satu status yang meminta semua pihak menangguhkan segala aktiviti hiburan sebagai tanda menghormati tragedi tersebut.

Bukan sahaja di Twitter, malah Hafiz dilihat turut berkongsi status yang sama di akaun Instagram dan telah menerima maklum balas baik dari peminat yang bersetuju dengan nasihatnya itu.

Simpati terhadap insiden itu, Hafiz yang kini sedang berada di Mekah turut mengucapkan takziah kepada semua keluarga yang terbabit, selain berterima kasih kepada semua yang berusaha dalam membantu misi pencarian tersebut.

Sementara itu, atas rasa prihatin, ramai selebriti tanah air tampil dan meminta semua pihak menghormati sensitiviti dan menghentikan segala spekulasi mengenai tragedi ini.

Dafi

Tizz

Apa yang diperkatakan mereka ada kebenarannya, ini kerana tragedi MH370 membabitkan nyawa penumpang dan tidak seharusnya ia menjadi medan untuk menimbulkan spekulasi dan menyalahkan antara satu sama lain.

Apa-apa pun, kami doakan semua keluarga tabah menempuhi dugaan ini dan semoga mereka yang telah pergi ditempatkan disisi orang-orang beriman.

SKIP THIS AD ×