berita

Sebagai Tanda Minta Maaf, Pelajar Indonesia Di UTM Beri ‘Hadiah’ Face Mask Tarik Perhatian

September 18th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Seperti yang sedia maklum, Malaysia kini berdepan dengan masalah jerebu yang semakin teruk. Berikutan daripada masalah ini, beberapa buah sekolah di Sarawak dan semua sekolah di Putrajaya diarahkan tutup. Pemakaian penutup hidung dan mulut amat penting bagi mencegah dan mengurangkan kesan penyakit bawaan jerebu.

Beberapa orang pelajar warga Indonesia yang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turun padang mengedarkan face mask secara percuma tarik perhatian.

Sebagai tanda minta maaf

Menerusi Twitter Sca Cheah, ada berkongsi tentang beberapa orang pelajar Indonesia yang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sedang mengedarkan mask kepada pelajar di universiti tersebut. Tindakan tersebut dikatakan sebagai tanda maaf mereka buat rakyat Malaysia.

‘Focus on their effort and positivity’

Dalam perkongsian tersebut, ada juga dikalangan netizen yang turut mempertikaikan tentang jenis mask yang diedarkan oleh mereka adalah mask yang salah dan dikatakan tidak ada function sama sekali.

Tetapi jika kita lihat dari sudut positif, kesungguhan dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh mereka merupakan satu benda yang lebih bernilai.

‘Their effort is priceless’

Tetapi rata-rata netizen memuji kebaikan dan effort yang ditunjukkan oleh mereka sebagai tanda minta maaf.

Sumber: Sca Cheah

 

SKIP THIS AD ×