Baru-baru ini isteri kepada pelakon dan pelawak, Atu Zero iaitu Shafeeqa Johari menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-37 tahun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Memang Betul, Tapi Untuk Sementara’ – Zero Tepis Dakwaan Berpecah
Artikel Berkaitan: Sharif & Syaiful Zero Bangga Atu Main Badminton Wakil Artis Malaysia – ‘Walaupun Kalah Tapi Dia Menang Di Hati Peminat Indonesia’
Suri hati Atu
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif mengakui bahawa dia lupa akan tarikh ulang tahun kelahiran isteri namun tetap menghargai wanita itu sebagai pelengkap hidupnya.
Alhamdulilah. Jujur saya cakap,minta maaf sayang sebab saya lupa lagi kali ini hari jadi sayang. Kalau tahun-tahun sebelum ini adik ipar saya yang ingatkan, tapi kali ini apa pun tidak ingat. Minta maaf ya sayang. Terima kasih sudah menjadi isteri yang baik, ibu yang baik dan kawan yang baik. Kejayaan yang ada sekarang ini, sayang adalah antara asbab-asbabnya. Semoga rahmat Allah SWT sentiasa bersamamu sayang.
Tinjauan OhBulan! mendapati Shafeeqa juga membuat hantaran di IG sempena hari kelahirannya dan meluahkan rasa syukur dengan segala nikmat yang diberi selain turut menyifatkan Atu antara hadiah paling istimewa yang dikurniakan oleh Allah.
Hadiah..tiada hadiah seindah hadiah darimu Ya Allah. Sebaik-baik pemberianMu adalah seorang suami kepada ku, ditambah lagi dengan dua org anak. Kehidupan yang seimbang bersama, syukur Alhamdulillah.
Secara rasminya 37 tahun, terima kasih semua atas ucapan, saya sangat-sangat hargai. Terima kasih suami atas hadiah di pagi hari. Dia bawa pergi masjid lepas tu terus pergi penggambaran. Doakan dia terus dilimpahi rezeki supaya pengurusan jenazah percuma kami dapat bergerak dengan lancar, itu hadiah yang paling sempurna buat saya.
Dalam pada itu, Shafeeqa turut menghargai kehadiran keluarga, rakan-rakan serta pengikutnya yang banyak membantu dan menyokong.
Untuk info, Atu dan Shafeeqa mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: IG Atu Zero, IG Shafeeqa Johari