berita

[VIDEO] Jep Titip Ucapan Sempena Birthday Sari Yanti, Dedah Isteri Jadi Cikgu ‘English’ Di Rumah – ‘Saya Banyak Belajar Dengan Dia’

November 10th, 2023 | by Alia
Kini Trending

jep sari

Baru-baru ini pelakon, Sari Yanti menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-39 tahun dan menerima ucapan istimewa daripada suaminya iaitu pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu.

Artikel Berkaitan: Jep Sepahtu Kongsi Cara Minta Izin Kahwin, Terus ‘Gentle’ Jumpa Ayah Sari Yanti – ‘Biar Saya Jaga Dia Lah’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jep Dedah Dah Pujuk Ahli Sepahtu, Terpaksa Akur Dengan Keputusan Bawa Diri – ‘Saya Tak Ada Daya Itu’

Jep beruntung Sari Yanti banyak bantu

jep sari

Menerusi program segment pagi sebuah stesen radio, Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin memuji isterinya yang disifatkan sebagai seorang yang sangat menyenangkan dan turut mendoakan kesejahteraan Sari.

Memang tak terbalas jasanya, saya rasa saya orang yang beruntunglah dapat isteri yang saya rasa sangat menyenangkan. Banyak sabar..banyak bersabar pun tak ada juga sebab saya tak ada buat hal.

Jadi saya mengambil kesempatan ini, saya suka ucapan saya berbentuk doa jadi ianya sekali.

Saya doakan mudah-mudahan dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusannya, dikurniakan kesihatan yang baik. Mudah-mudahan dia dilimpahkan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat bersama saya dan anak-anak.

Dalam pada itu, pelawak berusia 38 tahun ini menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan insan yang banyak membantunya menguruskan keluarga dengan baik selain sentiasa menyayanginya dengan ikhlas.

Saya sangat-sangat bersyukur, sangat terhutang budilah dengan layanan yang dia bagi pada saya selama kami berumah tangga. Dia menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang.

Saya doakan mudah-mudahan apa saja yang dia hajatkan, apa sahaja yang diimpikan terlaksanalah, termakbul dan mudah-mudahan dia sentiasa berada dalam reda dan juga dalam rahmat Allah. Amin.

Sementara itu, Jep sambil berseloroh berkata Sari banyak membantunya dalam menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik.

Kalau nampak dari segi karakter tu macam saya yang dominan tapi sebenarnya saya banyak belajar daripada dia daripada segi ketenangan, kesabaran dia..Bahasa Inggeris.

Dulu saya tahu asas je sekarang bila dengan dia saya belajar tentang ‘past tense’ dan ‘present tense’.

Untuk rekod, Jep mendirikan rumah tangga bersama Sari Yanti pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

@sinar_my

Betul ke Jep kata dia tak pernah buat hal? ? Hehe. Banyak perkara Jep belajar dengan isteri, Sari Yanti termasuk belajar Bahasa Inggeris. Jadi ni ucapan istimewa sempena Hari Lahir Sari Yanti hari ini. Happy birthday Sari Yanti! ? #PagiDiSINAR #SINARKongsi #fyp? #xyzbca #fyp??viral

? original sound – SINAR – SINAR

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×