Pelakon Rita Rudaini seorang ibu tunggal yang sering memuat naik gambar dan video perkembangan anak-anaknya di laman Instagram. Terbaru, Rita telah memuat naik satu video mengenai hari sukan sekolah anaknya. Video tersebut berjaya mencuri tumpuan netizen apabila anaknya Airit Rayyan kelihatan sedang menangis sambil dipeluk oleh seorang lelaki. Sedihnya!
Nasib ada orang pujuk
Menerusi video tersebut, anaknya kelihatan sedang menangis kerana rumah sukan yang diwakilinya memperoleh tempat kedua. Menurut Rita, sepanjang Rayyan belajar di sekolah berkenaan, rumah sukan tersebut selalu menjadi juara. Sedih dengan keputusan tersebut, anaknya menangis. Nasib baik daddy rakannya pujuk dan peluk apabila melihat kejadian itu.
Foto hari sukan
Antara foto yang dikongsikan Rita bersempena hari sukan sekolah anaknya.
Reaksi netizen
Rakan artis dan netizen turut sebak melihat video yang dikongsikan oleh pelakon tersebut. Mereka meminta anaknya itu supaya bersabar terhadap keputusan tersebut.
Sumber : Rita Rudaini